JIKA DUBUR SAIFUL TIDAK DITEMBUSI BAGAIMANA SPERMA LELAKI 'Y' DIPEROLEHI?


Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim memasuki hari ke-7 dengan peguambela Anwar Ibrahim mempersoalkan bahawa dubur pengadu, Saiful Bukhari tidak ditembusi 'batang' Anwar Ibrahim.

Peguam Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan bukti yang dikemukakan, wujud keraguan terhadap dakwaan bahawa Anwar meliwat Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu ketua pembangkang itu.

"Wujud keraguan yang jelas berhubung sama ada Mohd Saiful disodomi.

"Bukti yang dikemukakan seolah-olah mencadangkan bahawa dia belum ditembusi (diliwat)," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Menurut Ramkarpal, ketika prosiding pendengaran rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh pada Khamis, beliau memberitahu mahkamah bahawa isu sample DNA asing yang ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari sebagai pengadu dalam kes berkenaan tidak timbul.

"Kenapa kita bercakap soal DNA sedangkan dia tidak ditembusi (diliwat).

"Saya fikir mahkamah sudah mengambil kira pelbagai hujah yang dibangkitkan pihak pembelaan. Justeru saya yakin perayu layak untuk dilepaskan," katanya.

Sementara itu, ketua pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan keterangan Mohd Saiful Bukhari bahawa anak guamnya itu diliwat.

"Oleh kerana ini kes seksual, selalunya mahkamah nak lihat apakah sokongan terhadap keterangan tersebut.

"Sokongannya ialah Saiful mengaku diliwat dan ada pancutan air mani dalam duburnya," katanya.

Kenyataan peguambela Anwar Ibrahim jelas bercanggah dengan bukti yang dikemukakan pendakwaraya dalam usaha memusingkan kejadian yang berlaku dengan mempersoalkan perkara yang telah berlaku.

Jika benar 'batang' Anwar tidak menembusi dubur Saiful, bagaimana pula air mani yang dikatakan lelaki 'Y' merujuk kepada Anwar Ibrahim didapati selepas ujian DNA yang sama menerusi tuala good morning?

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Tunggu esok plak apa TS Shafee jawab.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger