CHE' GU BARD: JPJ DITUDUH SENGAJA JADI AGEN KERAJAAN

Gegak gempita media sosial kerana kenyataan Ketua Pengarah JPJ berikutan operasi penguatkuasaan spesifikasi saiz plate kenderaan adalah bagi mengurangkan kemalangan jalanraya. Persoalannya, betul kah itu maksud sebenar kenyataan tersebut?

Tidak ketinggalan menyertai ‘sarkis’ ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai Che’ Gu Bard. JPJ dituduh sengaja mencari jalan sebagai ‘agen’ bagi menambah dana kerajaan.

Untuk Pengetahuan Che’ Gu Bard, Apabila sesuatu penguatkuasaan dijalankan, segenap aspek keselamatan perlu diambil kira.

Mengambil contoh nombor plate yang tidak mengikut spesifikasi. Tanya diri sendiri, apakah perkara pertama yang akan dilakukan apabila berlaku kemalangan? Tengok nombor plate bukan? Kenapa? Dan Mengapa? Che’ Gu Bard sebagai seorang yang dikatakan cerdik pandai, mustahil tak tahu perkara ini.

Agaknya, apabila berlaku kejadian kemalangan langgar dan lari, kemungkinan besar Che’ Gu Bard hanya melihat ‘cermin sisi’ kenderaan terbabit sahaja bukan nombor plate yang dicari. Bagi orang normal, kebiasaannya nombor plate lah yang dicari terlebih dahulu.

Jika ianya tidak mengikut spesifikasi dan menyukarkan pandangan dari jauh, bagaimana penguatkuasa dapat menjalankan tugas?

Apabila penguatkuasaan tidak dapat dijalankan, kerajaan dikatakan mengamalkan rasuah dan apabila penguatkuasaan dijalankan, kerajaan dituduh pula cuba mengaut keuntungan dari jumlah saman? Apa yang Che’ Gu Bard mahu sebenarnya?

Tuduhan mengatakan tindakan JPJ adalah kerana menurut arahan kerajaan untuk mengumpul dana, adalah sesuatu yang berniat jahat.

Mengapa Che’ Gu Bard tidak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor sengaja menaikkan caj lesen perniagaan sehingga 400%? Cukai pintu dinaikkan 120%? Sewa rumah pangsa PPR naik 100%? Surcaj air Pulau Pinang naik 100% dan tarif juga dinaikkan? Kelantan menaikkan tarif air sehingga 30% sedangkan kualiti air begitu rendah? Tidakkah tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat membebankan rakyat?

Bukankah itu satu tindakan untuk mengumpul dana kerajaan negeri. Kenapa Che’ Gu Bard membisu? Mengapa Che’ Gu Bard hanya berani mengkritik JPJ?

Sumber: KLXPress

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

November 14, 2014 at 7:10 PM

Cakap dia semua betoi, tahi kat jubur tak nampak, jubur orang dia nampak. Cik gu Bud, awak tue orang pamggil, mesti lah cerdik sikit....ok. Hampeh lah hang, tak yah panggil cik gu lah!..

Anonymous
November 14, 2014 at 9:22 PM

cikgu tahi kucing.....cikgu paling bodoh dalam dunia cikgu bard @ bastard ni lah.......konon2 nak jadi hero lah tu.....cakap saja besar.....nampak JPJ atau Polis dah ketar lutut......memang jenis tak boleh pakai macam boss dia....KETUM tua.

Anonymous
November 14, 2014 at 11:42 PM

Cikgu x cukup akal. Akalnya hanya tau cari salah org. Takat tu je akalnya boleh berfungsi....

Anonymous
November 15, 2014 at 2:42 AM

bard ni kata mcm tu sbb dia ni bodoh piang...
dia ni x layak dipanggil cikgu, bekas cikgu pun rasanya x layak kot sbb dia x habis jd cikgu pun (pencen awal).. dia x mengabdikan diri sbg cikgu... yg dia tau sembang besaq @ ckp bohong x tentu pasai... manusia mcm ni mmng x membantu mmbina kemajuan negara ni.. memundurkn saya ya...
lagi satu... dia nk memperlihatkan diri dia dikalangan PKR yang dia ni baguih, pandai, aktif n serba tahu padahal dia ni HARAMJADAH...
DAH LAHBODOH SOMBONG PULA TU....
kus semangat... minta dijauhkan lah spesis mcm ni dr mendekati anak cucu saya...

Anonymous
November 15, 2014 at 5:19 AM

PEMBETULAN:

Memang BANGANG si mamat-PKRSODOM ni! JPJ dan Kem. Pengangkutan memang patut diKRITIK tapi bukan kerana politik-benci-UMNO, tapi kerana tak puas hati KEMALANGAN BUAS makin berlambak - yg. mengorbankan MAJORITI Islam/Melayu, terutamanya oleh LORI/BAS-BUAS yg. tak takut lansung undg-undg yg. terlalu RINGAN!

Kalau kat Barat pun - mana-mana pemandu/pengusaha KAYA, syarikat LORI/BAS serta KERETA-BUAS boleh DISAMAN BERJUTA serta diPENJARAkan, dan lesen PEMANDU akan diharamkan bertahun-tahun atau sampai bila-bila! Tapi kat Malaysia ni, pemandu BUAS terutamanya Lori/Bas-punya-laju atau sengaja letak lori/bas termasuk yg. 'rosak'-tepi-jln-tanpa-tanda-isyarat-jelas - seolah mereka ini SAMSENG-TUANPUNYA-JLNRAYA!

Tapi aku rasa memang MUNASABAHlah kesalahan PLET (walaupun bukan PUNCA kemalangan BUAS) juga diberikan tumpuan agresif oleh JPJ, sebab banyak lori/bas/kereta-BUAS, yg. langgaq lari, samada palsukan plet atau plet yg. sengaja diKABURKan supaya susah dikesan!

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger