AZMIN ALI NAFI TIDAK HULUR BANTUAN TAPI KENAPA PENDUDUK BUAT DEMONTRASI


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak menghulur bantuan membaiki bumbung pangsapuri Taman Permai Indah di Pandamaran, Klang yang rosak akibat ribut taufan pada 21 Oktober lalu.

Tetapi, bagaimana penduduk yang terlibat itu tidak mengetahui akan bantuan yang diberikan kerajaan negeri sebagaimana yang dijanjikan Azmin Ali?

Azmin Ali menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM880,000 bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung rumah penduduk yang rosak sejurus selepas kejadian berkenaan.

"Cuma kerja-kerja ini membabitkan dua fasa, sebelum kita baiki bumbung kita kena baiki tangki air rumah penduduk dulu.

"Kita tidak mahu apabila bumbung dah dipasang kemudian kena buka balik untuk perbaiki tangki air," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini.

Semalam, seramai 1,000 penduduk pangsapuri Taman Permai Indah berkumpul dan mengadakan bantahan terhadap kerajaan negeri kerana masih belum menghulur bantuan tersebut. 

Penduduk mendakwa kerajaan negeri tidak mengendahkan aduan mereka sebaliknya lebih mementingkan kes liwat II Anwar Ibrahim sahaja.


Beginikah sikap pemimpin kerajaan negeri yang dipimpin Azmin Ali terhadap rakyat Selangor biarpun sebelum ini pernah angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikan masalah rakyat Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger