PEGUAM ANWAR KATA 'BATANG' DIA TIDAK TEMBUSI DUBUR SAIFUL? MUSTAHIL !!!


Hujah peguambela Anwar Ibrahim hari ini lebih menjurus kepada tiada kesan dubur Saiful ditembusi 'batang' Anwar hingga menyebabkan berlakunya sodomi.

Bagaimanapun, hujah peguambela itu disangkal sepenuhnya oleh pendakwaraya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata, liwat ke atas Saiful merupakan serangan seksual oleh Anwar dan bukti sokongan terhadap insiden tersebut akan diterangkan di mahkamah.

"Saiful kata, beliau diliwat. Oleh sebab ini merupakan satu kes seksual atau gangguan seks, dan mahkamah hendak melihat sokongan terhadap keterangan tersebut.

"Sokongan di sini ialah Saiful kata bukan sahaja beliau diliwat malah pancutan air mani ada dalam duburnya, dan kita menjumpai air mani di dalam duburnya dan itu merupakan sokongan yang amat penting sekali, " katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini

Tambah beliau lagi, apabila bukti dan sokongan yang telah diberikan oleh pihak pendakwaan perkara tersebut langsung tidak dijawab oleh pihak pembelaan ketika prosiding berlangsung.

"Ianya langsung tidak jawab oleh mereka.

"Soalannya bagaimana kita perolehi air mani dalam dubur sebab Saiful kata pancutan air mani dalam dubur beliau. Jadi apa lagi hendak diceritakan kerana ialah merupakan satu keterengan," katanya lagi.

Secara jelas peguambela Anwar Ibrahim cuba mahu mengelirukan hakim dan orang ramai yang mengikuti perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.

Berikut adalah perkembangan terkini perbicaraan kes : -

2.40 petang: Sangeet menimbulkan keraguan tentang penggunaan berus gigi, tuala dan botol air yang digunakan dalam lokap tahanan sebagai bahan bukti.
 
2.30 petang: Prosiding disambung dengan peguam Sangeet Deo Kaur memulakan hujahnya.

Sangeet memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak membuktikan DNA yang ditemui pada Saiful adalah milik Anwar sebaliknya hanya dinamakan Lelaki-Y.

Jika betulpun DNA itu milik Anwar, ada banyak faktor lain yang perlu diambil kira.
 
1.10 petang: Prosiding direhatkan seketika dan disambung semula selepas waktu makan tengah hari.
 
1.00 petang: Ramkarpal berhujah terdapat sampel daripada Saiful yang menunjukkan degradasi tapi pada sampel lain ia menunjukkan perbezaan.

Ramkarpal mengulangi bahawa atas kepelbagaian keraguan, pendakwaan ke atas Anwar perlu digugurkan.
 
12.50 tengah hari: Ramkarpal berhujah ada sebab untuk mencurigai Supt. Jude Pereira kerana pernah didapati 'berbohong' dalam sebuah prosiding lain.

Selain itu Ramkarpal berkata bahawa siasatan terhadap Anwar tidak dijalankan dengan baik.

Ramkarpal sekali lagi menekankan bahawa perlakuan liwat tidak mungkin berlaku atas sebab Anwar pernah mengalami masalah sakit belakang.
 
12.40 tengah hari: Ramkarpal menyentuh soal latar belakang pakar kimia yang terlibat dalam kes itu, dan mempertahankan kredibiliti pakar kimia luar negara Dr Brian Lealie McDonald.

Selain itu menurutnya, Dr Brian tidak pernah mempertikai prosedur uji kaji yang dijalankan Dr Seah dan Dr Nor Aidora tetapi kurang bersetuju dengan hasil uji kaji DNA tersebut.
 
12.20 tengah hari: Ramkarpal menekankan bahawa perlakuan liwat  ke atas Saiful tidak berlaku. Dia mempersoalkan tentang dakwaan berlakunya penembusan (penetrasi) sedangkan tiada kenyataan jelas daripada doktor pemeriksa tentang kesan fizikal kemasukan 'objek' pada dubur Saiful.
 
12.00 tengah hari: Ramkarpal berhujah tentang ketidakpastian berlaku penembusan pada dubur Saiful kerana tiada kesan fizikal ditunjukkan.

Peguam itu juga bercakap tentang kemungkinan sampel air mani yang telah diusik dan boleh diragui kelayakannya menjadi bahan bukti.

Selain itu, tempoh 56 jam sperma itu berada dalam dubur Saiful turut dibangkitkan dan ia, menurut Ramkarpal, boleh menjejaskan hasil uji kaji kerana kemerosotan sifat.
 
11.55 pagi: Panel hakim tiba di kamar mahkamah dan prosiding disambung semula.

Ramkarpal meneruskan hujah dengan menegaskan bahawa adalah menjadi beban pihak pendakwa untuk membuktikan Anwar bersalah.
 
11.50 pagi: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat memasuki kamar mahkamah dan duduk di galeri awam.
 
11.45 pagi: Sesi prosiding masih belum disambung semula. Anwar ambil peluang untuk bersama ahli keluarga, selain berbincang dengan para peguamnya.
 
11.15 pagi: Prosiding berehat sebentar. Ditangguh ke pukul 11.30 pagi.
 
11.00 pagi: Ramkarpal menekankan, faktor degradasi memain peranan penting dalam melayakkan sesuatu bukti.
 
10.45 pagi: Isu degradasi dan sampel unggul khususnya merujuk pada bahan bukti sperma dihujahkan semula oleh Ramkarpal. Menurutnya, testimoni pakar kimia Dr Seah yang memproses bahan bukti DNA daripada dubur Saiful boleh dipertikai.
 
10.30 pagi: Ramkarpal menafikan dakwaan pihak pendakwa yang menyatakan kemungkinan jejak DNA lelaki misteri selain Lelaki-Y adalah daripada Dr Osman yang memeriksa Saiful.
 
10.20 pagi: Ramkarpal memetik testimoni pakar kimia Dr. Seah Lay Hong dengan menyatakan bahawa proses uji kaji spesimen bahan bukti boleh diragui. Antara lain yang dibahaskan adalah bahan bukti sperma dan tiga barang yang diambil dari lokap tahanan.
 
10.00 pagi: Ramkarpal dan hakim Tun Arifin Zakaria berbalas-balas soalan dan jawapan tentang perincian teknikal dan saintifik yang ditekankan pihak pembelaan.
 
9.45 pagi: Hakim memberi indikasi meneruskan prosiding. Peguam pembela Ramkarpal berhujah tentang bahan bukti yang tercemar dan pengendalian proses uji kaji sampel yang diragui ketepatan hasilnya.
 
9.32 pagi : Sebelum sesi hujah balas pembelaan bermula, Shafee terlebih dahulu bangun dan mendedahkan tentang laporan beberapa portal berita yang memberi laporan yang tidak adil.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger