ANIFAH AMAN TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM TRAGEDI SEPTEMBER 2008

Biarpun kejadian ini berlaku sekitar penghujung tahun 2008, tetapi apabila ia melibatkan bakal Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Anwar Ibrahim pastinya cerita ini menarik.

Hari ini sedikit demi sedikit temberang Anwar Ibrahim pecah dan pastinya penyokong PKR dan Anwar Ibrahim tidak percaya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh pasukan Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 Ahli Parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008 yang mana Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas Pengerusi KFC Malaysia.

Pemdedahan itu juga telah mengheret nama Datuk Ishak yang merupakan orang kepercayaan Anwar Ibrahim dalam membawa masuk Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak ke dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

“Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, ‘jangan sekali-kali diulang kata-kata itu’.

“Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, saya nyatakan di Parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Keenganan Anifah Aman menerima wang RM100 juta dan membawa masuk Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak ke dalam Pakatan Rakyat telah mengecewakan Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah bermimpi untuk membentuk kerajaan.

Kepada Anifah Aman, tahniah kepada anda kerana tidak termakan pujuk rayu Anwar Ibrahim dan tetap setia kepada BN.

Kepada UMNO dan komponen BN di Semenanjung, ingatlah perjuangan BN juga melibatkan pemimpin Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, jangan sesekali menyisihkan pemimin kepulauan Borneo yang selama ini banyak memberikan kemenangan kepada BN.

Mendengar akan kisah di atas adalah tidak mustahil pemimpin BN daripada Sabah dan Sarawak boleh membuatkan BN kalah sekiranya mereka ini tidak dilihat dalam konteks pemimpin BN.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 27, 2014 at 7:59 PM

Jangan niagakan 'kerusi' yang dimandatkan oleh rakyat !

Anonymous
November 27, 2014 at 10:37 PM

Ahmad lempoyang......ari ini meniaga kerusi lebih untung dari meniaga unta...wooow.....!!

Anonymous
November 28, 2014 at 4:14 PM

Percaye sangatle wakil bee end ni....???

Betulke si Ishak tu cakap bagi pihak DSA ???

Boleh confirm ke betul si Ishak yang cakap DALAM PHONE ???

Tapi yang boleh confirm....... Wakil mereka pandai habiskan duit rakyat untuk diri sedare dan kroni

Anonymous
November 30, 2014 at 10:06 PM

Perumpamaan ..... kata dulang paku serpih, PKR kata BN tapi dia yang lebih ...... Lihat dia menwarkan dan menggalakkan pengamalan rasuah. SPRM camna? Bila nak bertindak?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger