ABDUL AZIZ ISA MINTA PULA BANTUAN POLIS DI RAJA MALAYSIA


Jika sebelum ini ADUN Padungan, Wong King Wei menemplak polis berhubung kadar jenayah yang berlaku di Sarawak dan kononnya jenayah yang berlaku di Sarawak hanya dibiarkan sahaja oleh pihak polis.

Tetapi, hari ini Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen meminta pula bantuan polis bagi menangkap perompak yang ditangkap oleh orang ramai.

Ini berikutan satu kes ragut yang berlaku di Kuching apabila peragut bersenjatakan parang telah ditangkap oleh orang awam di Lorong Pisang Barat 3.

Difahamkan, suspek yang dianggarkan berusia dalam 30-an bersama seorang rakannya telah meragut seorang lelaki dalam lingkungan 50-an beberapa minit sebelum beliau diberkas.

Abdul Aziz Isa dan rakannya Mordi Bimol sedang dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak setelah menghadiri untuk satu majlis di Taman Desa Wira ketika kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 11:30 pagi tadi.

Suspek dikejar oleh orang ramai di hadapan simpang Lorong Pisang Barat 3 manakala, rakan suspek pula berjaya melepaskan diri dengan menaiki sebuah motorsikal.

Kemudiannya, Abdul Aziz Isa menghubungi polis setelah suspek diberkas sementara Mordi pula bersama beberapa orang yang lain mengikat suspek dengan seutas tali.

Mangsa ragut juga dikatakan telah cedera ringan dalam kejadian tersebut dan suspek kini dalam tahanan polis.

Akhirnya, polis juga yang dicari DAP Sarawak biarpun sebelum ini menghina polis sesuka hati.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 13, 2014 at 12:15 PM

Bagus. Menunjukkan orang Pakatan membantu Polis menangani jenayah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger