TIAN CHUA OPTIMIS ANWAR IBRAHIM AKAN DIPENJARA DAN SEKALI GUS AKAN MEMBANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT


Naib Presiden PKR, Tian Chua tetap optimis perjuangan Anwar Ibrahim tidak akan tersia-sia, walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan tidak berpihak kepada Ketua Umum PKR berkenaan pada Rabu ini.

Ini berikutan sepanjang Road Tour Ceramah Pembebasan Anwar Ibrahim di seluruh Semenanjung Malaysia, tiada sambutan hangat yang diterima seperti mana pada zaman Reformasi dahulu.

Malah, kebanyakan pemimpin PKR percaya kali ini Anwar Ibrahim tidak akan terlepas memandangkan bukti yang ada pada pendakwa kuat dan memungkin Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat.

Secara tidak langsung, menurut Tian Chua, pemenjaraan Anwar mampu mencetuskan satu kesedaran baharu dalam kalangan generasi muda yang mampu merangsang mereka untuk bangkit menegakkan keadilan.

Persoalan kini, apakah sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan, rakyat akan memberontak seolah-olah Anwar itu suci dan diwajar dipenjarakan biarpun melakukan kesalahan?

Kenapakah, apabila pemimpin pembangkang termasuklah Anwar Ibrahim didapati bersalah di Mahkamah maka akan terus dilabelkan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan mereka sedangkan mereka ternyata melakukan kesalahan?

“Dahulu pun, beliau (Anwar) pernah dipenjarakan dan tidak memimpin secara fizikal. Bagaimanapun, Anwar terus menjadi inspirasi bagi kita semua untuk berjuang bersungguh-sungguh sehinggalah beliau bebas dan berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat (PR).

“Sekiranya mereka (kerajaan) fikir boleh kurangkan pengaruh Anwar dengan memenjarakan beliau, itu satu kesilapan besar. Dalam penjara sekalipun, Anwar masih boleh memimpin dan kita yakin pengaruhnya akan lebih tinggi berbanding sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tindakan Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Idris Bohari yang mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta pula, beliau beranggapan perkara itu sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kes Anwar.


“Ada pihak cuba memberi gambaran, seolah-olah parti (PKR) sudah kehilangan sokongan. Mereka cuba mengelirukan orang ramai dengan perkara sebegini. Tetapi, kita akan buktikan persepsi itu tidak benar,” katanya yang menyifatkan tempoh 48 jam sebelum keputusan mahkamah diumumkan sebagai cukup getir dan kritikal.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 27, 2014 at 11:30 PM

Cakap bnyak apek TC tok. Dolok madah, Najib akan jatuh dlm masa 6bln. Tapi kinek tok dh lebih 6bln, msih juak Najib jd PM.

Anonymous
October 31, 2014 at 10:33 AM

Kat UM hari tu, si Tian Cuak ni dah kena tengking dek sorang Mamat tu. Le ni rasanya makan selipar mulut longkang dia tu....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger