TERESA KOK: SAYA BUKAN MUSLIM DAN HAK SAYA UNTUK MINUM ARAK

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kehadiran beliau dalam pesta arak Oktoberfest malam tadi tidak menyentuh sensitiviti mana-mana agama.

Katanya acara tersebut merupakan acara bagi orang bukan Islam dan adalah hak peribadinya sebagai seorang yang bukan Islam untuk hadir ke pesta tersebut.

“Mereka kata salah untuk Muslim menghadirinya… (tetapi) saya bukan Muslim. Ia diadakan di tempat tertutup. Dan saya bukan menunjuk-nunjuk,” kata beliau yang juga Naib Pengerusi DAP ketika ditemui di ibu pejabat PAS pusat pada Sabtu.

Dalam pada itu Teresa juga mempertahankan tindakannya memuatnaik fotonya di Facebook ketika di pesta berkenaan.

“Adakah mereka katakan saya tidak boleh meletakkan foto perkahwinan… foto ‘yam seng’ di Facebook? Facebook adalah dari saya, bukan Utusan,” tegasnya.

Apa kena mengena dengan Utusan? Ini sengaja mencari publisiti murahan.

Katanya tidak salah beliau meletakkan gambar tersebut kerana ia merupakan hak kebebasan dirinya dan beliau merasakan tindakan itu tidak menghina mana-mana individu.

Isu pesta kontroversi Oktoberfest menjadi perbualan hangat apabila beberapa pihak melahirkan rasa kecewa apabila papan iklan festival itu dipasang di sekitar Shah Alam.

Festival arak itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Teresa yang hadir ke pesta tersebut telah mendapat kritikan dari beberapa pihak.

Inilah perangai pemimpin Cina DAP yang tidak tahu mengenai sensitiviti agama di Malaysia.

Tidak salah untuk tonggeng arak sekiranya bersifat tertutup.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
October 12, 2014 at 6:54 PM

Awak non muslim awak dpt hak awak tetapi knp saya muslim tetapi saya tak dpt hak saya?

Anonymous
October 12, 2014 at 9:37 PM

nak minum satu balang pun minum la, nak kembung apa itu ko punye pasal... tapi harus la diingat, sebagai pemimpin politik, anda ada tanggungjawab sosial kepada msyarakat.. tak perlu untuk update gambar dengan beer di laman sosial dan bangga sebab minum... bagaimana kita nak explain pada remaja dan anak bangsa kita kalo dapat pemimpin yg tak boleh nak rasional ttg soal attitude..

kalo mabok dan langgar tiang lampu, tolong jangan panggil polis dan ambulan untuk usung ko ke spital ye...

Anonymous
October 12, 2014 at 9:50 PM

SAYA BUKAN MUSLIM, HAK SAYA UNTUK BERBOGEL !

Anonymous
October 14, 2014 at 10:33 AM

ko kira hak ko je, habis hak orang lain ko nak letak mana, letak pajak gantung? kalaupun ko bukan muslim, apa agama ko? kristian? buddha? bukak kitab agama ko tu dan tolong tunjukkan ayat mana yang membenarkan makhluk macam ko ni dibenarkan dan dihalalkan meneguk minuman mabuk umpama kencing setan tu? agama sendiripun jahil nak mengajar pulak orang Islam pasal hak.

Anonymous
October 16, 2014 at 5:09 PM

memang itu hak awak, tapi kalau mahu bogel, pergi bogel dalam kandang babi baru betol...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger