SSKM KINI KETERLALUAN HINGGA ANCAM BUNUH KETUA MENTERI SARAWAK


Seorang pengikut Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang dikenali dan menggunakan nama 'Quotz Suey' dalam Facebook telah mengeluarkan kenyataan kejam hingga mahu membunuh Ketua Menteri Sarawak.

Kenyataan ini telah dinyatakan Quatz Suey di dalam page Facebook "Sarawak pansut ari Malaysia" yang secara sedar telah menulis kenyataan berbaur ugutan itu.

Ini disebabkan ketegasan Adenan Satem yang tidak akan membiarkan pemisah atau penghasut SSKM menghasut rakyat Sarawak keluar Malaysia.

Ini telah disebutkan berulang kali dalam mana-mana ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Sarawak termasuk secara langsung dalam menyambut perayaan Hari Malaysia di Miri, baru-baru ini.


Entah berapa ramai lagi yang perlu melakukan ancaman bunuh terhadap pimpinan negeri Sarawak untuk mencukupkan kuota laporan polis agar dilakukan tangkapan.

Ke mana perginya mereka ini yang dikatakan berada di hadapan Ketua Menteri Sarawak dalam usaha menangkis tohamahan daripada pembangkang mahupun NGOs seperti SSKM ini?

Jika hanya setakat berani di dalam media sosial sahaja tidak memadai sebaliknya perlu membuat tindakan yang lebih berani seperti membuat laporan polis.

Malah, tiada kedengaran daripada kepimpinan parti politik komponen BN Sarawak yang mempertahankan Ketua Menteri Sarawak dalam masa singkat.

Selepas ini, akan ada beberapa kenyataan daripada menteri atau parti berhubung ancaman ini di dalam akhbar-akhbar tempatan Sarawak yang langsung tiada apa-apa pengertian.

Sebaliknya, pada ketika ini laporan polis perlu diadakan supaya suatu tindakan tegas perlu dilaksanakan kerana ia benar-benar mengugut dan ancaman berat ke atas pemimpin negeri.

Selepas mengadakan beberapa kali dialog dan forum berkaitan peranan SSKM dalam menghasut rakyat Sarawak dan Sabah keluar Malaysia, kini SSKM giat membuat referendum melalui beberapa NGO kononnya menuntut hak rakyat Sarawak.

Mereka kini telah mula berani bergerak secara besar-besaran di beberapa bahagian di Sarawak antaranya Miri, Sibu, Sarikei dan Kuching dengan mengadakan pertemuan di hotel-hotel ternama.

Sebelum ini kedengaran pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan bertindak tegas terhadap mereka yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia, tetapi tiada satupun tangkapan yang dilakukan.

Malah, penganjur SSKM, Lina Soo yang seolah-olah orang yang dikehendaki bebas keluar masuk Malaysia di Sabah dan Sarawak dalam usaha terus menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 27, 2014 at 2:22 AM

GERAM betul aku – tengoklah si Islam/Melayu yg. curi $2 dari Tabung Masjid, kena hukum PENJARA 2 tahun; sedgkan mungkin sebab dia KELAPARAN sebab tak dak duit lansung!?! Ini dah satu KEZALIMAN! Siapalah HAKIM tu? Bicarakan balik kes ini! Kalau si Islam/Melayu cepat kena tangkap dan bukan main berat hukuman walau jenayahnya kecil - sedangkan, BERLAMBAK si PENDATANG KAPIRDAJAL bagi rasuah BERJUTA; hanya kena penjara SATU HARI! Inilah undg.undg ciptaan si Barat-ZIONIS-KEPARAT!

Dan tengoklah si PENGGANAS PEMISAH S'wak yg. MENGANCAM nak bunuh YAB KM S'wak ni - aku syak puak ini adalah diketuai puak PENDATANG PENGGANAS Kristian pro-ZIONIS, yg. akan terus bebas; sedangkan yg. asyik ditangkap cuma PENGGANAS 'Islam' memanjang (puak PENGGANAS Kristian pro-Zionis ni mahu Sarawak dan Sabah yg. kaya minyak-gas digabungkan dgn. Singapura utk. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Bahkan, S'wak makin diKRISTIANkan dan dikuasai si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM ni!

Taukeh-taukeh balak kaum PENDATANG habis menjahanamkan tanah-tanah adat dan sungai-sungai/kpg-kpg. air BUMIPUTERA termasuk BUMIPUTERA Islam/Melayu terutamanya di Baram dan Limbang dan merampas tanah negeri tepi pantai sesuka hati kat Miri (yg. makin jadi pusat Kristian-pro-ZIONIS dan pusat MAKSIAT pelacuran dgn. GRO asing)!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
October 27, 2014 at 2:55 AM

Ada buktikah yang menyatakan pemilik akaun ini milik ahli SSKM ? Dan untuk pengetahuan...dalam pengelola / Admin SSKM tidak semuanya Non Muslim / Kristian. Terdapat juga yang Islam Sabah dan Sarawak.

Anonymous
October 28, 2014 at 8:02 PM

Assalamualaikum salam sejahtera,

Berkenaan ugutan bunuh ni, individu itu menggunakan akaun palsu dan gambar palsu. Orang dalam gambar tersebut adalah rakan kepada saya. Laporan polis telah pon dibuat.

Mohon kerjasama Admin untuk menghubungi saya di email saya narong_qio@hotmail.com untuk keterangan dan penjelasan lebih lanjut. Sekian.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger