SOKONG WAN AZIZAH, AKHIRNYA PEMIMPIN ADUN PAS MENJADI ADUN BEBAS


Disebabkan nekad menyokong Presiden PKR, Wan Azizah sebagai calon menjadi Menteri Besar Selangor, kedua-dua ADUN PAS, Saari Sungib yang mewakili DUN Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin dari DUN Morib Telah digantung selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata, bagaimanapun kedua-dua ADUN tersebut boleh mengemukakan rayuan dalam masa 15 hari bermula hari ini.

“Saya dan Takiyuddin Hassan sudah berjumpa dengan mereka (Hasnul dan Saari) untuk mendapatkan kenyataan mengenai kes yang berlaku dan kami telah bentangkan laporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini.

“Hasil mesyuarat telah memutuskan untuk mengenakan tindakan tatatertib ke atas dua ADUN ini. Kedua-duanya digantung selama setahun,”

Bagaimanapun, Mustafa menegaskan, kedua ADUN yang dikenakan tindakan masih kekal sebagai ahli PAS.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul didakwa mengkhianati parti dengan memberi sokongan terhadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kedua-dua ADUN itu dilapor menandatangani Akuan Bersumpah bersama 28 ADUN Selangor yang lain.

Tindakan tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu masih menyandang jawatan menteri besar.

Ekoran daripada itu, mereka berdua dipanggil bertemu dengan Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan bagi memberikan penjelasan ke atas tindakan mereka.

Berikutan itu, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim begang dengan keputusan PAS itu yang dianggap tidak wajar atas nama Pakatan. 

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 13, 2014 at 12:23 AM

Kenapa Tak Pecat Ajer Setan-Setan Dua Ekor nieh

Anonymous
October 13, 2014 at 7:14 AM

Aku tak faham dengan Kebongokkan orang PAS yang "so-called" Alim Ulamak dan bijak pandai!!

Kedua2ahli PAS itu di gantong keahlian nya selama setahun tapi masih kekal sebagai ahli PAS!!

JOKE OF THE DAY!! YENNA DEI!!

Anonymous
October 15, 2014 at 2:18 PM

ni apa nama hukuman ni. gantung keahlian setahun tapi masih kekalkan keahlian. agaknya tak cukup telur atau kerandut telur dah mengecut sampai terpaksa jatuh hukuman lawak macam ni. gantung keahlian tapi kekalkan keahlian...hahahahaha

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger