SIAPA YANG HALALKAN PROGRAM ARAK ADALAH DIANGGAP HARAM


Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam bahawa Kerajaan Negeri Selangor tiada hak untuk menghalang program berbentuk arak di Selangor telah mengundang kepada ketegasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah negeri Selangor, Menteri Besar atau barisan Exco yang bertangungjawab atau pemimpin Ahli Parlimen di kawasan berkenaan harus mengutamakan kepentingan umum khususnya masyarakat Islam.

Jika gagal menghalang bermakna kerajaan Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat adalah haram kerana menggalak kepada kemaksiatan.

Pihak yang menghalalkan penganjuran program tersebut dikategorikan sebagai kafir.

Kerajaan seharusnya tidak boleh menghalalkan program sedemikian kerana ia merupakan satu perbuatan yang haram.

“Kerajaan dan PBT tidak sepatutnya memberikan kelulusan kepada penganjur,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penganjuran pesta arak Oktoberfest di Selangor.

Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Times Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, 1 Beam, Batu Pahat, Johor Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan bermula semalam hingga 12 Oktober di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 8, 2014 at 9:47 PM

Hairan, orang beginipun boleh jadi MP Partai ISLAM Se-Malaysia. Lebih menghairankan yg memenangkannya pun orang Islam.....

October 8, 2014 at 11:02 PM

SEMOGA SESIAPA YANG BERADA DI DALAM KAWASAN YANG DIRAIKAN DITIMPA BALA & MALAPETAKA OLEH ALLAH SWT KETIKA PESTA ITU BERLANGSUNG... SEMOGA IANYA BERLAKU... AMIN..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger