SAFWAN ANANG DIBERI KATA DUA OLEH PEMIMPIN PAS AKIBAT KEBIADAPANNYA TERHADAP PAS


Selepas keberanian Pengerusi LENSA, Safwan Anang yang menyerahkan memorendum supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat akhirnya keberanian itu terbalas jua.

Sebaik sahaja menyerahkan memorendum itu, Safwan Anang telah membuat kenyataan media bahawa dirinya telah menerima sms berunsur ugutan spaya menarik balik memorendum itu.

Tidak lama selepas itu, Safwan Anang telah menemui buku bertemu ruas apabila berhadapan dengan pemimpin PAS.

SURAT TERBUKA DARIPADA PAS BAGI MENJAWAB PERSOALAN LENSA

1) Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh LENSA bertarikh 30 September 2014 kepada Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang tersebar di media massa. LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

2) Tidak dapat dinafikan bahawa di dalam amalan demokrasi, 'check and balance' sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat . Namun begitu, saya tidak pasti samada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

3) Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada di dalam Pakatan Rakyat. Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwi-parti (PR) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang? Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'. Mengapa pula wujud 'double standard' di dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang segaja diwujudkan ini?

4) Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan UMNO mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini. Tindakan Sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR. Tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Rafizi yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan PR dilihat punca utama kepada kemelut ini. Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari 2014, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam PRK yang terpaksa diadakan. 

5) Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA di dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadilnya. Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan di dalam PR.

6) Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan PR apabila tidak menyokong Dato' Seri Dr. Wan Azizah sebagai MB Selangor. Perlu diperjelaskan disini bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid perlu diturunkan daripada jawatan MB Selangor sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini. 

7) Begitu juga dengan persoalan mengapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika awal projek ‘Langkah Kajang’ dilancarkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran MB Selangor sebagaimana dilaporkan oleh portal Malaysian Insider bertarikh 27 Januari 2014 tetapi yang berlaku adalah sebaliknya? Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan PR? Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada PR?

8) Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu MB Selangor. Saya tidak pasti samada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 sebulat suara sepakat antara lain;

“PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor. Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua (2) nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: (1) YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), dan (2) YB Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)…”

Maka sepatutnya rakan PR yang lain menghormati keputusan yang telah diambil oleh PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar MB Selangor setelah TSKI bukan lagi mewakili PR. Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara (Freedom of Speech) PAS sebagai rakan di dalam satu pakatan. Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan dalam memilih MB Selangor. Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan Sultan agar setiap Ketua Parti mengemukakan lebih daripada dua nama. PAS tetap akur dengan arahan Sultan kerana berpegang kepada Konsensus PR walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan Institusi Istana.

9) Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh TSKI sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan MB. Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada TSKI iaitu berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah (PLM) antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 17 September yang lalu. Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada TSKI tersebut adalah benar kerana ini adalah antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan MB Selangor. Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

10) Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan. Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada PR seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset. Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan ‘silent protest’ yang mereka akan luahkan di atas kertas undi menjelang PRU 14 akan datang.

11) Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang GST kurang disebut dan mendapat perhatian. Dalam tempoh lebih 5 bulan UMNO berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini PR bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa. Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

12) Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini. Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus. Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik.

Ahmad Ulwan Hassim 2 Oktober 2014

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
October 4, 2014 at 6:45 PM

Wekekkeke.....padam moka pas..

Bela lg peliwat negara...

skrg mengelupor dikerjakan peliwat...

Anonymous
October 4, 2014 at 8:36 PM

Tindakan Kerajaan adalah untuk mensejahterakan rakyat bukan menzalimi. PR lah yang menzalimi rakyat dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang x berkesudahan.

Anonymous
October 4, 2014 at 10:16 PM

dua dua bodoh....

Anonymous
October 5, 2014 at 10:07 AM

lensa barua Nuar bodoh,PAs pun bodoh.Maka rosaklah "persahabatan" PR.Memang dr awal lagi "pakatan" mereka tak akan kekal.Tanya sama Nuar.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger