RAKYAT BERTERIMA KASIH KEPADA NAJIB ATAS PELARASAN SUBSIDI MINYAK 20 SEN


Kenaikan harga minyak dan bukannya penyelarasan subsidi sebanyak 20 sen yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada lewat petang semalam telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna.

Akibatnya pengguna menyerbu stesen minyak untuk mengisi minyak penuh di kenderaan masing-masing. Tapi setakat mana minyak itu akan digunakan kerana selepas itu pengguna akan mengisi minyak pada harga yang baharu.

Tetapi, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan kerana minyak merupakan keperluan rakyat dan pastinya akan memberi kesan sampingan ke atas harga keperluan lain seperti makanan, minuman dan barangan lain.

Apakah tiada cara lain untuk melakukan penyelarasan subsidi seperti mana alasan kerajaan kepada rakyat?

Tinjuan di beberapa stesen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.

Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila di sebuah stesen minyak di Shah Alam.


Akibat kenaikan itu, pengguna akan membayar harga sebanyak RM2.30 seliter bagi RON95 dan RM2.20 seliter bagi minyak diesel.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

zethro
October 2, 2014 at 12:45 PM

Langkah pengurangan subsidi ni kan dah mmg dr dulu lg diwar-warkan. Kerajaan akan kurangkan subsidi petrol/diesel secara berperingkat, so mmg bende ni dah expected la patutnya(kalo korang btul2 hayati perkembangan semasa la). Ni baru 20sen je, ade lg beberapa puluh sen yg kerajaan still support. Dah ready ke korang nak hadapi time kerajaan tarik balik subsidi utk petrol/diesel seluruhnya? Drp mengeluh, lebih elok cari jalan penyelesaian. Allah takkan menurunkan dugaan kpd hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Kembali kpd Allah, rezeki dtg drpNya, bukan Najib, ANUwar, Assmin, Muhyiddin atau sesape pun.

P/S: Petrol kat Malaysia ni naik brape byk pon org Singapore still dtg kat sini gak nak isi minyak sampai penuh, org Thai still cube nak seludup. Bersyukurlah.

Anonymous
October 3, 2014 at 1:48 PM

bersetuju dgn komen Zethro.

Elok lagi jika "subsidi" utk petrol diberi tunai terus kpd golongan sasar iaitu golongan marhaen yg rendah pendapatan.Maka adalah BR1M.Cuma yg tak bestnya pula ialah golongan berpendapatan sederhana (miskin tak kaya pun tidak) yg bergaji lingkungan yg tak dapat BR1M sebelum ini tidak diberi pertimbangan.Mereka pun nak BR!M - nak pun 100% pertimbangkan 60-70% jadilah.

Minta pihak kementerian yg berkaitan memantau lebih ketat lagi supaya perniaga2 tidak sewenang naikkan harga barangan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger