RAFIZI BERNIAT JAHAT BURUKKAN NAMA KERAJAAN MALAYSIA DI AUSTRALIA


Penganalisis politik menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan Malaysia menyokong kumpulan Islam berhaluan kanan bermotif jahat dan mahu menjejaskan nama Malaysia.

Dr Jeniri Amir yakin bahawa Rafizi mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli itu tanpa bukti kukuh atas tuduhannya itu.

“Apa yang dinyatakan Rafizi adalah berniat jahat untuk merosakkan imej atau nama baik kerajaan Malaysia.

“Sesuatu yang tidak patut, apatah lagi memburukkan Malaysia di luar negara.

“Kecuali beliau mempunyai bukti yang kukuh, saya tidak percaya langsung beliau bahawa beliau mempunyai asas untuk mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada Antarapos.

Tambah Jeneri, tuduhan itu akan membawa implikasi buruk kepada imej negara yang akan dipandang sebagai punca peningkatan pejuang militan di Syria khususnya.

Malah, katanya, Malaysia jelas menentang tindakan Islamic States (IS) terutamanya dan telah dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Itu seolah-olah kenyataan yang melulu membawa implikasi serius. Saya tidak fikir kerajaan Malaysia yang berpegang kepada kesederhanaan dalam Islam boleh terjebak dengan usaha atau menyokong usaha sedemikian,” ujarnya.

Semalam, Portal berita Australia, AAP dan akhbar Sydney Morning Herald memetik Rafizi menyebarkan tuduhan tidak berasas itu kepada Menteri Luar Australia Julie Bishop.

Rafizi mendakwa kekangan terhadap demokrasi melalui beberapa dakwaan undang-undang hasutan oleh Putrajaya memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk berkembang dan menapak di negara ini.

“Dalam persekitaran di mana negara ini secara halus dan secara tidak langsung menyokong kritikan dan intimidasi terhadap golongan minoriti, ia memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk menapak dan memperkembangkan pengaruh,” Rafizi dipetik sebagai berkata.

Akhbar Australia Sydney Morning Herald berkata kemerosotan demokrasi di Malaysia dan pertumbuhan fundamentalisme agama juga berlawanan dengan kemajuan mekar demokrasi di Indonesia.

“Ketika Indonesia melaku kemajuan besar, kami makin berundur dan ruang demokrasi kini kembali ke era Mahathir pada 1990an,” Rafizi dipetik sebagai berkata.

Mstar melaporkan Rafizi ke Australia, antara lain bertujuan untuk melobi Kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bersidang pada 28-29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, delegasi itu diwakili Rafizi (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu) telah bertemu dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Liberal iaitu parti pemerintah di Australia.

“Ketika pertemuan tersebut, perbincangan berkisar kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Akta Hasutan dan isu-isu perkauman yang dimainkan sebagai alat politik di Malaysia .

“Selain bertemu Bishop, delegasi juga mengadakan pertemuan dengan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Australia serta pihak kedutaan untuk memberi taklimat mengenai isu-isu terkini Malaysia”.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja, sempat bertemu dengan Timbalan Presiden Senat Australia, Senator Gavin Marshall.

Rangka lawatan kerja seumpama ini akan diteruskan ke negara-negara lain untuk membawa mesej mengenai tindakan Barisan Nasional yang melanggar adab kedaulatan undang-undang di Malaysia ke perhatian dunia.

Sumber: AIDC
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 23, 2014 at 11:39 AM

Macamana dengan orang yang 'niat jahat' habiskan harta bumiputera dan biarkan Melayu ketinggalan setelah 50 tahun berlalu.

Eh..eh.. yang rugi juta2 tu siapa yang mempunyai 'niat jahat'. Kes tutup ke?

Anonymous
October 23, 2014 at 12:45 PM

Bila masanya melayu lepas ke depan? Sejak sblm merdeka lg melayu selamanya jd alas kaki pendatang. Sejak ada penjajah, melayu jd kuli penjajah. Bila ada pendatang (cina), melayu jd kuli pendatang. Sejak ada pakatan, melayu pas jd pencacai dap dan pkr. Kau sedar tak perkara ni? Dan akhir sekali, kau jadi lapik kasut siapa? Kuli dap dan pkr juga kan...!!! So, baiki jati diri, nak marahpun tak guna, tok nenek kita suka dgn title kuli...

October 23, 2014 at 1:51 PM

nak sanagt kaki liwat jadi PM???

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger