PRESIDEN GERAKAN: AHLI DAN PEMIMPIN GERAKAN KELUAR KENYATAAN PERKAUMAN BOLEH DIPECAT


Kecoh apabila salah seorang perwakilan Gerakan dari Johor, Tan Lai Soon berkata bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.

"Kecuali penduduk asal Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, orang lain di Malaysia adalah pendatang," kata Tan semasa Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43.

Kenyataan itu telah menyebabkan sebahagian besar masyarakat Melayu marah akan kenyataan ini yang dianggap sebagai rasis dan bersifat perkauman.

Sehubungan itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong telah mengingatkan ahli dan pemimpin parti Gerakan supaya tidak lagi bercakap mengenai soal kaum atau berdepan dengan pemecatan.
 
"Jika sesiapa di Gerakan mengeluarkan kenyataan rasis (perkauman), kita akan ambil tindakan termasuk pecat," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 di sini.
  
Siew Keong juga mencadangkan parti-parti komponen Barisan Nasional untuk mengambil tindakan serupa bagi memelihara dan mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.
  
Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu memandangkan semakin ramai ahli dan pemimpin politik menyentuh isu perkauman atau ekstremisme keterlaluan sehingga menyinggung perasaan sesetengah pihak.
  
Kenyataan berbaur perkauman yang keterlaluan juga menyebabkan beliau berhenti melayari internet sebelum tidur sejak tujuh bulan lalu, sedangkan ia merupakan rutin hariannya sebelum ini.

"Saya berhenti daripada melayari internet kerana saya tidak dapat tidur selepas itu. Ia bukan kerana komen negatif atau serangan peribadi ke atas saya kerana sebagai pemimpin sebuah parti politik, saya sudah biasa dengan keadaan itu.
  
"Namun ia disebabkan apabila saya baca blog atau Facebook, komen yang dibuat generasi muda amat rasis dan ini generasi masa depan kita," katanya sambil menambah jalan penyelesaian terbaik adalah menghentikan keadaan tidak sihat ini. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 20, 2014 at 1:23 PM

Bukan main LICIK lagi si GerakanBANGSAT-DALANG-DUA-MUKA ni - tak habis BERDRAMA! Tengok dia sebenaqnya nak gertak UMNO suruh pecat siapa yg. 'RASIS' juga - jadi maknanya nak TUTUP mulut UMNOlah tu kalau MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya dan hak BUMIPUTERA!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger