PKR SARAWAK KIAN LUMPUH SELEPAS INI RAMAI LAGI AKAN KELUAR PARTI


Tatkala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hanya menunggu masa dan ketikanya untuk menginap di penjara selepas keputusannya pada 29 Oktober ini di Mahkamah Putrajaya, PKR Sarawak kini hanya menunggu masa untuk lumpuh.

Ini semua gara-gara sebilangan besar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR Sarawak akan keluar parti secara besar-besaran sedikit masa lagi.

Demikian menurut bekas Timbalan PKR Cadang Petra Jaya, Idris Bohari yang mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan masalah dalaman parti yang sehingga tidak selesai dan ketidaktentuan bersama DAP dan PAS dalam peruntukan kerusi DUN yang akan ditandingi dalam PRN Sarawak Ke-11 nanti.

Sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersama dengan PKR dan PAS dalam sebarang kegiatan atau penganjuran aktiviti parti tersebut.

Idris, 52, yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri yang dipetik dari Bernama sebagai berkata beliau juga berhasrat untuk melupakan politik pembangkang.

Tanpa menyatakan berapa ramai yang dijangka akan mengambil langkah sama (meninggalkan PKR), Idris, yang mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta meluahkan kekecewaannya terhadap pergolakan dalaman dan kepimpinan PKR.

Beliau juga yakin masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku dalam PKR akan menjurus kepada lebih ramai lagi ahli PKR di Sarawak akan keluar meninggalkan parti itu.

Idris juga menyatakan yang dia sebaliknya akan berkecimpung dengan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform baharu untuk bagi memneri sumbangan kepada masyarakat.

Sebelum ini, beliau pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas.

Masalah dalaman PKR bukan perkara baharu bahkan ia telah menular sejak sekian lama dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian. 

PKR Sarawak juga sebenarnya telah lama bergolak ekoran ketidaktentuan persefahaman dalam pengwujudan dua kelompok iaitu kumpulan di bawah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan satu lagi kelompok di bawah keahlian PKR Orang Melayu. 

Semua ini berkisar kepada siapa yang lebih berkuasa dan memberikan banyak pengorbanan kepada parti khususnya dalam soal wang ringgit dan penentu kepada pembuat keputusan.

Itu baharu sebahagian masalah dalaman PKR Sarawak dan sebenarnya banyak lagi masalah dalaman mereka sehingga menyebabkan mereka tidak kuat dan mudah dibuli DAP Sarawak seperti mana yang berlaku kepada PKR Pusat.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger