PKR DAN DAP BAGI AMARAN KERAS KEPADA PAS SUPAYA JANGAN GANGGU MEREKA MINUM ARAK


Kehadiran beberapa pemimpin kanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya malam tadi menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian PAS yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen yang menghadiri acara berkenaan menjelaskan, tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan hak golongan yang meminum arak.

"Saya tidak minum arak tetapi saya percaya bahawa kedua-dua golongan yang meminum arak dan yang tidak minum mempunyai hak masing-masing.

"Cuma jangan paksa orang lain mengikut kemahuan anda," katanya menerusi status pada laman Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, antara pemimpin pakatan pembangkang yang menghadiri acara Oktoberfest ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Majlis Pimpinan PKR, R. Sivarasa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Dewan Ulama PAS sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran acara Oktoberfest dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak penganjur kerana mempromosi pesta arak itu secara terbuka walaupun tidak mempunyai permit.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Nasrudin Hassan menegaskan, pihak penganjur secara terang-terangan menyinggung sensitiviti umat Islam yang masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, setakat kelmarin, pihak penganjur masih belum mendapatkan kelulusan daripada polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Oktoberfest bermula pada 24 September lalu di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan acara kemuncaknya berlangsung mulai semalam hingga esok di tempat letak kereta.

Sekali lagi pemimpin PKR dan DAP menganggap suara PAS tidak laku dan tidak harus diendahkan biarpun mereka sama dalam Pakatan Pembangkang.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 13, 2014 at 10:24 AM

makin melampau bangsa cina sekarang ... terang2 mencabar umat islam.
mungkin belum sampai masa untuk berjihad .... tunguuuuuu
pastik akan datang waktunya .... JANJI ALLAH PASTI DATANG.

Anonymous
October 13, 2014 at 10:27 AM

Pemimpin melayu ... UMNO , PAS , PKR 2 X 5.
Tak berani buka mulut ... JAWABLAH DIHADAPAN ALLAH NANTI.
diberi kuasa ... kemana kamu gunakan.
apabila islam diseru berjihad ,,, pasti ku sambut

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger