PESURUHJAYA PAS TERENGGANU AKUI PASMA PEROSAK KEPADA PAS


Kemunculan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) di dalam PAS ketika krisis Menteri Besar Selangor dianggap sebagai perosak kepada PAS dalam tempoh jangka masa panjang.

Ini disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat yang mengingatkan bahawa PASMA bukanlah suatu persatuan yang baik kepada ahli PAS, malah menyifatkannya perosak di peringkat dalaman yang boleh menghakis kesetiaan ahli terhadap parti dan kepimpinan.

Sehubungan itu, ahli-ahli PAS Terengganu diingatkan supaya tidak sesekali terlibat dalam PASMA sebagaimana arahan dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya, kewujudan PASMA yang berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli parti itu dan tidak senada dengan kepimpinan, dilihat membawa lebih banyak keburukan terhadap ahli parti.

“Mereka rosakkan parti dan tidak wajar ahli PAS bersama-sama mereka. Tugas mereka mengkritik PAS sedangkan PAS ada saluran dalam parti. Kita minta ahli PAS ikut parti.

“Orang yang berasa kecewa sahaja berada dalam PASMA. Kita harap jangan terlibat dengan NGO ini sebagaimana arahan PAS Terengganu sebelum ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai PASMA yang dilancarkan di Besut, malam kelmarin.


Mengulas lanjut kenyataan Presiden PASMA, Phahrolrazi Mohd Zawawi bahawa PAS akan rugi jika tidak memanfaatkan PASMA, beliau menegaskan, PAS tiada kaitan sama sekali dengan pertubuhan itu.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 1, 2014 at 12:13 PM

Maka konpem lah BUKAN UMNO yang merosakkan Pas...Takbirrrrr !!

October 1, 2014 at 12:43 PM

Lagu tu lah kiranya..tp malangnya depa dok kata umno jugak..tak penah tengok cermin kot puak ni..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger