PEMIMPIN PKR SARAWAK SAMBUT BAIK PERTEMUAN DENGAN KETUA MENTERI SARAWAK


Tindakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berjumpa dengan pemimpin Pakatan Pembangkang di Sarawak secara kerap dalam tempoh beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak dianggap suatu yang sangat disambut baik pemimpin pembangkang Sarawak.

Sebelum ini, Adenan telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR Sarawak dan DAP Sarawak ketika Persidangan DUN Sarawak sebelum ini.

Dan, semalam Adenan sekali lagi telah menerima kunjungan pemimpin PKR Sarawak yang diketuai pengerusinya Baru Bian.

Kunjungan pemimpin PKR Sarawak terhadap Ketua Menteri Sarawak semalam sangat dihargai dan sangat dialu-alukan. 

Pendekatan ini suatu yang sangat positif dalam politik Sarawak dan tidak seperti di beberapa negeri di Malaysia yang pemimpin kerajaan tidak dapat berjumpa dengan pembangkang.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Baru Bian, ia merupakan pertemuan terbuka dan berfaedah kerana Ketua Menteri positif untuk melihat isu-isu yang diutarakan.

Katanya, antara isu yang diutarakan PKR Negeri ialah konsep tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), perjudian haram, penyalahgunaan dadah, perhutanan dan pembalakan haram.

“Ketua Menteri (Adenan) bersedia untuk melihat beberapa isu yang kita utarakan.

“Saya menganggap pertemuan hari ini semalam amat bermanfaat dan terbuka.


Isu yang paling mencuri tumpuan, jelasnya, membabitkan larangan ekstremis agama dari Semenanjung Malaysia memasuki negeri ini.

“Kita sedia maklum Ketua Menteri amat mengutamakan perkara ini dan kita menyambut baik usaha menghalang golongan pelampau memasuki negeri ini.

Ini merujuk kepada tindakan tegas Adenan yang menghalang kemasukan beberapa pemimpin PKR dan DAP daripada Semenanjung yang bersifat ekstrem.

Selain itu, tambahnya, Ketua Menteri turut bersedia menerima kehadiran PKR Negeri pada bila-bila masa.

Selain Baru, hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju dan beberapa pemimpin PKR Sarawak.

Share this article :
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger