PEMIMPIN PKR AKAR UMBI MAHU PRESIDEN PKR DITUKAR


PKR sekali lagi bergolak kali ini pemimpin akar umbinya mahu Presiden Wan Azizah bin Wan Ismail ditukar kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Kemahuan pemimpin akar umbi itu telah disuarakan menerusi beberapa banner dan poster yang digantung di sekitar Selangor.

Sepanduk berwarna biru itu, terpampang wajah Azmin yang kini Menteri Besar Selangor dengan tulisan ‘Masa Untuk Reformasi Parti’ dan ‘Kami Mahu Ganti Azmin Presiden’.

Ini susulan daripada pelbagai macam kontroversi yang melibatkan Presiden PKR khususnya dalam perebutan untuk dicalonkan ke jawatan Menteri Besar Selangor selain daripada masalah pemilihan PKR 2014 yang mengambil masa yang panjang.

Sebelum ini, Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding dalam Pemilihan PKR 2014 sementara, Azmin berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas berjaya menewaskan pesaingnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Manakala, seorang lagi pesaing dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkeluar daripada saingan selepas dipecat dari parti.

Azmin berjaya memperolehi 22,562 undi sementara Saifuddin 10,743 undi.

Bagaimanapun, PKR menafikan sekeras-kerasnya banner dan poster yang mahukan Presiden PKR digantikan dengan Azmin Ali sebagai sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu ekoran wujud juga beberapa sepanduk lain yang dinaikkan hampir serupa.

"(Ini) tindakan pihak tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar pihak yang sama yang menaikkan sepanduk semalam.

Dalam pada itu, PKR turut menegaskan tindakan itu bukan kerja orang dalam dan tindakan lanjut akan dibincangkan dengan pimpinan tertinggi.


"Ini bukan kerja PKR. (Perkara itu) akan dibangkit dengan pimpinan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger