PEMBELA ANWAR IBRAHIM DIJUMPAI DI MIRI SARAWAK


Kempen #RakyatHakimNegara giat dijalankan di seluruh negara dalam usaha mengajak rakyat turun ke Mahkamah Tinggi, Putrajaya dalam mendengar penghakiman sekaligus keputusan akhir mahkamah ke atas rayuan Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Bagaimanapun, kempen itu tidak diadakan di Sarawak disebabkan pada pandangan PKR, isu Anwar Ibrahim tidak sensasi dan mendapat sambutan di sana.

Ini dibuktikan dengan beberapa siri penjelajahan Anwar Ibrahim di Sarawak tidak mendapat sambutan ditambah dengan sikap rakyat Sarawak yang tidak menggemari Ketua Pembangkang itu yang banyak berbohong.

Begitupun, terdapat sebilangan kecil ahli-ahli PKR yang menyayangi Anwar Ibrahim dengan mengadakan Program #RakyatHakimNegara 'Keadilan Untuk Anwar' yang diketuai Ahli Parlimen Miri dari PKR, Dr Michael Teo.

Program ini telah diadakan bertempat di Boulevard Commercial Centre Miri yang dihadiri kira-kira hanya 23 orang.

Dalam pertemuan itu yang turut ditemani isteri dan AJK PKR Cabang Miri, Michael Teo dilihat mengedar risalah berhubung kes liwat Anwar Ibrahim dalam persidangan Mahkamah Rayuan yang akan diadakan pada 28 dan 28 Oktober ini bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.


Seperti biasa, pemimpin PKR telah diajar bagaimana untuk menabur fitnah kononnya pendakwaan Anwar Ibrahim itu sebagai konspirasi.

Tidak cukup dengan itu, pendakwaan Anwar Ibrahim itu dikatakan sebagai fitnah sedangkan hujah peguambela Anwar sebelum ini yang mengatakan perbuatan liwat itu adalah atas suka sama suka.

Malah, kemasukan cecair yang disifatkan sebagai 'sperma' di dalam dubur Saiful juga dikatakan mempunyai persamaan dengan yang dituduh Anwar Ibrahim.

Atas alasan itu, Michael menggesa rakyat yang sayang kepada Anwar Ibrahim yang menyayangi Anwar Ibrahim untuk memakai pakaian baju-T yang tertera gambar Anwar Ibrahim atau baju PKR.

Ini kerana adalah mustahil untuk mengangkut sejumlah besar penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dari Sarawak yang memerlukan kos yang tinggi. 

Kepada Anwar Ibrahim, segeralah berkemas diri untuk dihantar ke penjara dengan segala makan minum dan penginapan ditanggung sepenuhnya kerajaan.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
October 24, 2014 at 9:00 AM

Anwar akan lepas.... jgn trkezut yea...tetiba badan kehakiman Malaysia akan di rujuk sgt adil oleh anwar ...

Anonymous
October 27, 2014 at 10:02 PM

Iyalah... kata aku senang jak... apa sumbangan Michael Teo dan PKR kepada Miri selain pergi paragliding tepi pantai Lutong? (dalam 23 orang tu pun jangan2 ada yg x setuju atau cuba ambil info je... yg dlm gambar tu pun jangan2 ada yg x suka ye...)

Anonymous
October 27, 2014 at 10:05 PM

Iyalah... kata aku senang jak... apa sumbangan Michael Teo dan PKR kepada Miri selain pergi paragliding tepi pantai Lutong? (dalam 23 orang tu pun jangan2 ada yg x setuju atau cuba ambil info je... yg dlm gambar tu pun jangan2 ada yg x suka ye...)

Anonymous
October 27, 2014 at 10:05 PM

Iyalah... kata aku senang jak... apa sumbangan Michael Teo dan PKR kepada Miri selain pergi paragliding tepi pantai Lutong? (dalam 23 orang tu pun jangan2 ada yg x setuju atau cuba ambil info je... yg dlm gambar tu pun jangan2 ada yg x suka ye...)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger