PAS TIADA MASALAH SEKIRANYA DAP SARAWAK KELUAR PAKATAN RAKYAT


Tindakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang nekad mahu meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin PAS Pusat masih lagi bertegas untuk memperjuangkan hudud disambut baik pemimpin PAS Pusat.

Ini kerana perjuangan PAS Pusat sentiasa relevan dengan tuntutan agama iaitu memperjuangkan hudud sebagai salah satu hukum dalam Islam.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad berpendapat hasrat DAP Sarawak yang ingin keluar dari Pakatan Rakyat (PR) hanya merupakan pendirian DAP negeri.

Tambahnya, pihak PAS hanya mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP peringkat pusat.

Bagaimanapun, ugutan Chong Chieng Jen sedikit pun tidak menjejaskan kerjasama antara PAS dengan DAP di peringkat pusat.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata DAP Sarawak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kumpulan ulama PAS yang memperjuangkan hukum hudud menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

“Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar.

“Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak dapat diubah.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berpendapat isu tersebut merupakan masalah yang ditimbulkan oleh DAP Sarawak.

“Itu kenyataan yang ditimbulkan oleh DAP Sarawak. Maka kepimpinan DAP pusat perlu jawab,” katanya.


Soalnya sekarang, terpulang kepada DAP Sarawak kerana tiada paksaan untuk DAP Sarawak untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 22, 2014 at 12:53 PM

Bila dah Pakatan elok semula... Punahle bee end.... Punahlah kemewahan pemimpin2 be eend dan kroni seketurunannya.... mimpi ngeri tu.......

Anonymous
October 22, 2014 at 2:06 PM

Macamla pemimpin pakatan tak mewah...check tgk antara ketua pembangkang dengan perdana menteri sapa lagi byk travel...ni lah org yg nik aziz ckp ada kepala tp xde otak...bg la alasan lain...azmin miskin ka..semua pemimpin dap mvm kor ming tu susah sgt ka..guna otak sikit sbl keluar pndapat..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger