PAS MERAYU SANGAT-SANGAT KEPADA DAP


PAS Pusat meminta kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik semula tindakan menyingkirkan Bendahari PAS negeri, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang disandangnya.

Ahli Jawatakuasa PAS Pusat, Mazlan Ali Man berkata, kerajaan negeri termasuk Guan Eng sepatutnya meneliti isi-isi dilontarkan Iszuree ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 19 September lalu.

Menurutnya, apa yang disampaikan wakil PAS negeri itu menyentuh mengenai kepentingan rakyat negeri ini khususnya mereka yang terlibat dalam pengambilan tanah kampung bagi tujuan pembangunan.

"Apa yang disampaikan Iszuree itu adalah wajar memandangkan segala ruang dan prosedur untuk menyampaikan suara rakyat berhubung masalah berkaitan pengambilan tanah ini secara dalaman telah dilakukan sebelum ini.

"Saya sendiri ketika berucap dalam Muktamar PAS baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap apa yang dibangkitkan Iszuree, jadi saya minta kerajaan negeri menarik balik tindakan yang dikenakan ke atas Iszuree dengan serta-merta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabtu lalu, Iszuree mengesahkan menerima surat daripada MPPP yang memaklumkan mengenai kedudukannya yang dikeluarkan daripada semua Jawatankuasa Tetap majlis berkenaan serta semua peruntukannya dibekukan.

Tindakan itu difahamkan diambil selepas Iszuree didakwa dengan lantangnya mengkritik polisi kerajaan negeri berhubung pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penduduk negeri ini.

Menurut Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, tindakan Iszuree membawa usul mengenai kepentingan rakyat itu dalam Muktamar PAS adalah wajar supaya satu mekanisme dapat diambil dalam memperkukuhkan integriti kerajaan negeri.

Malah, tegasnya, dalam Perhimpunan Agung Tahunan DAP dan PKR sebelum ini, wakil yang bangkit membahaskan usul juga bebas membawakan isu-isu mengenai kepentingan rakyat.

"Kalau sahabat-sahabat kita (perwakilan DAP, PKR) boleh membawa isu kepentingan rakyat dalam perhimpunan tahunan mereka, adakah salah bagi Pas membangkitkan isu sama demi kebajikan rakyat?

"Apatah lagi usaha untuk membincangkan perkara yang dibangkitkan Iszuree secara dalaman telah dibuat, namun sehingga kini kami masih tidak mendapat maklum balas terhadap permohonan berjumpa Guan Eng biarpun telah menghantar surat pada Julai tahun lalu," menurutnya.


Dalam masa sama, Mazlan mencadangkan konvensyen pakatan pembangkang peringkat negeri diadakan bagi membincangkan segala kemelut dan masalah khususnya membabitkan kepentingan rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 1, 2014 at 2:02 PM

PAS ni perjuang nasib rakyat ke nasib Iszuree ?
Mmg tak tahu malu PAS ni, susah sgt ke nak paham ? Org dah suruh bla tu bla aje la. Ada maruah ke depa ni ?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger