MENTERI ABDUL RAHMAN DAHLAN LABEL AHLI PARLIMEN SERDANG ONG KIAN MING SEBAGAI PENIPU




Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, Rabu lalu yang menggesanya supaya mendedahkan dokumen-dokumen tender berkenaan cadangan pembinaan sebuah loji sisa kepada tenaga (WtE) di Kepong sebenarnya telah memakan diri.

Menurut Kian Ming, jika Abdul Rahman gagal berbuat demikian, beliau akan dianggap sebagai 'penipu' kerana Ahli Parlimen Serdang itu mendakwanya telah berjanji untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender tersebut ke pengetahuan umum.

Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, beliau tidak pernah berjanji di Dewan Rakyat mahupun kepada Kian Ming sendiri berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyiarkan semula salinan-salinan hansard di Parlimen dan transkrip daripada apa yang telah diperkatakan dalam sesi dialog WtE bersama penduduk Kepong pada 18 November 2013 bagi mengukuhkan kenyataannya itu.

Perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming itu mengelirukan orang awam dengan mengeluarkan maklumat tidak tepat dan menuduh pihak lain sebagai 'penipu' berhubung isu cadangan pembinaan sebuah loji sisa kepada tenaga (WtE) di Kepong.

Inikah yang dipanggil sebagai Ahli Parlimen atau pemimpin? Di manakah letaknya kreadibiliti seorang pemimpin yang dipilih rakyat?

Beliau dengan nada tegas berkata, Kian Ming tidak sepatutnya bertindak demikian dan sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat itu jelas tidak memaparkan ciri-ciri kepimpinan mahupun tahap akademik seorang pemimpin.

"Beliau tidak sepatutnya mempolitikkan isu ini kerana projek ini jelas akan memanfaatkan rakyat.


Apakah ini budaya pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak membuat cerita pembohongan daripada merungkai kebenaran? Jika beginilah caranya, pemimpin Pakatan Pembangkang tidak layak dipanggil pemimpin. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger