LEBIH RIBUAN RAKYAT BERKUMPUL BERDEMONTRASI BANTAH GST DAN KENAIKAN HARGA PETROL


Demonstrasi Bantahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 yang dijadualkan hari ini nampak mendapat sambutan yang kurang hambar.

Sehingga jam ini, demonstrasi anjuran beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijadualkan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak hanya di hadiri hanya lebih kurang 200 orang.

Sebelum ini, Pengarah penerangan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan yang juga penganjur bersama demontrasi tersebut berkata mereka akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut dikatakan telah berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10.00 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen.

Setakat berita ini di tulis, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sementara pihak polis memantau sepanjang demonstrasi ini diadakan.

Hari ini adalah hari kedua sesi sidang parlimen berlangsung.

Beberapa hari yang lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan yang merancang untuk mengadakan demontrasi tersebut agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.

"Kami tetap memantau (perarakan berkenaan) dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya memberi peringatan tersebut NGO-NGO berkenaan. 

Sumber: Sarawakiana

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 8, 2014 at 3:39 PM

Minta izin WM untuk iklan

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger