LANTIK RAFIZI RAMLI SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG PKR ATAS PILIHAN WAN AZIZAH


Selepas 'memecat' Saifuddin Nasution daripada jawatan Setiausaha Agung PKR, akhirnya terjawab apabila Wan Azizah melantik Rafizi Ramli memegang jawatan baharu itu. 

Sebelum ini Rafizi Ramli memegang jawatan Naib Setiausaha PKR selepas memenanginya dalam pemilihan paling lama dalam sejarah parti politik di Malaysia.

Perubahan itu telah mengubah landskap politik PKR yang kini sedikit terancam apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hanya menunggu masa untuk di penjarakan akibat meliwat.

Begitupun, pelantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR telah mendapat persetujuan Anwar Ibrahim selepas 'kejayaan' Langkah Kajang.

Menurut Anwar, pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR tidak bercanggah dengan perlembagaan parti yang membenarkan mana-mana anggota memegang dua jawatan dalam satu masa.

"Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang.

Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.

Persoalan sekarang apakah tiada nama lain atau pengganti yang sesuai bagi memegang jawatan Setiausaha Agung PKR?

Kalau diikutkan keahlian PKR melebihi 500 ribu orang seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. Jadi, takkan daripada kalangan 500 ribu orang itu tidak ada yang berkemahiran dalam memimpin.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger