LANCAR KEMPEN BEBASKAN ANWAR IBRAHIM BUKTIKAN AMK DAN PKR SANGAT TERDESAK

 

Tarikh 28 Oktober sangat ditakuti tertuduh Anwar Ibrahim apabila sebutan kes Fitnah II Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Anwar adalah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Rayuan dan rayuan balas pendakwaan adalah untuk meningkatkan hukuman penjara.

Akibat daripada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dipimpin oleh ketua baharunya, Nik Nazmi yang juga salah seorang Exco Selangor yang baharu dilantik akan mengadakan beberapa demontrasi bertemakan rakyat hakim negara sebagai membalas budi pelantikannya.

Dalam perbicaraan itu juga, peguambela Anwar, N Surendran sendiri didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan.

Kononnya, dalam usaha menuntut keadilan dalam sistem kehakiman, AMK akan melaksanakan kempen yang bermula hari ini 14 Oktober 2014 selama 14 hari sehingga tarikh mula perbicaraan kes Anwar iaitu pada 28 Oktober 2014.

Persoalan sekarang, kenapa ketika isu Anwar Ibrahim, AMK menggunakan pakai tema rakyat hakim negara? Kenapa tidak semasa krisis Menteri Besar Selangor dahulu menggunapakai tema rakyat hakim negara?

Perbuatan ini jelas cubaan memanipulasikan perkataan rakyat bagi meraih simpati rakyat untuk menyokong Anwar Ibrahim.

Apakah Anwar ini terlalu diagungkan sehingga tidak boleh didakwa sekiranya beliau jelas melakukan kesalahan dan dibicarakan?

Perbuatan sebegini yang dilakukan pemimpin parti politik pembangkang PKR jelas menunjukkan pemikiran mereka masih dungu dan terkebelakang.

Jika diimbas perbuatan ini lebih terarah untuk membebaskan diri demi kepentingan politik dengan mengheret rakyat terlibat sama. 

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger