KEMPEN I WANT TO TOUCH A DOG PUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI


Seolah-olah mahu memperkenalkan budaya baharu di kalangan umat Islam hingga mengabaikan mana yang haram dan halal dalam Islam.

Itulah persepsi masyarakat Islam ke atas penganjur ‘I want to touch a dog’ yang diadakan di Selangor hujung minggu lepas.

Manakala, bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) penganjuran kempen itu dikhuatiri mempunyai agenda terselindung khususnya dalam menidakkan ajaran Islam yang sebenar.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha juga berkata, penganjuran kempen itu juga boleh membawa kepada perbuatan yang cenderung untuk menghina.

"Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi.

"Justeru, peranan JAKIM adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi mazhab Syafie.

"Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya di kalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/adat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" merupakan anjuran Syed Azmi Alhabshi bertempat di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Dalam pada itu, JAKIM menegaskan mazhab Syafie, melarang penganutnya menyentuh anjing secara sengaja kerana perbuatan menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.

"Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," jelasnya.

Bagaimanapun menurut Jakim lagi, Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran  Islam.

"Anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

"Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan," katanya lagi.


Justeru, kepada umat Islam yang sebelum ini telah memegang anjing di kempen itu untuk segera menyucikan diri seperti mana yang disyariatkan Islam agar tidak terus berada dalam keadaan najis.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
October 21, 2014 at 9:14 AM

Muka sahaja lawa tapi perangai buruk

Anonymous
October 21, 2014 at 9:40 AM

Bodoh lagi membodohkan .... Tak tahu langsung halal haram ... pakai hentam je ....
Aku nasihatkan yang Pompuan ni ... BUKA SELUAR .. MAIN DENGAN ANJING.
Apalah nak jadi dengan umat islam sekarang ni

Anonymous
October 21, 2014 at 9:43 AM

Muka lawa ... sopan dan bertudung , tapi sayang ... bodoh rupanya .
Tak tahu halal dan haram .... Mak Bapaknya tolong ajar budak - budak ni sikit
Hanyut nanti

Anonymous
October 21, 2014 at 9:54 AM

Harap awek2 melayu ni support "I Want To Touch A PIG" pulak pasni..

Klik untuk kempen I Want To Touch A PIG

Anonymous
October 21, 2014 at 4:20 PM

I want to touch cock bleh gak..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger