KEGAGALAN PERTAMA AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR IALAH SHAH ALAM SEBAGAI BANDARAYA ARAK


Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan Pesta Arak "Oktoberfest" sangat mendukacitakan bagi negeri Selangor.

Lebih memburukkan keadaan apabila Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS, Khalid Samad seolah-olah 'menyokong' Pesta arak itu.

Tindakan MBSA memasang iklan peta arak itu di beberapa lokasi di Shah Alam telah menimbulkan pelbagai persepsi sehingga Shah Alam dipanggil Bandaraya Arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 September lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Keadaan ini sangat berbeza semasa pemerintahan di bawah BN yang mengharamkan iklan arak berbanding ketika ini yang mana iklannya sangat berleluasa di bawah Pakatan Rakyat.

Di manakah letaknya sensitiviti pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besarnya Azmin Ali?

Azmin Ali sepatutnya peka dengan keadaan ini kerana ia terletak di bawah tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor dalam Hal Ehwal Islam.

Apakah tindakan Azmin Ali selepas ini sama ada membiarkan iklan dan pesta arak Carlsberg berleluasa atau menyekat dan membatalkan iklan dan pesta arak itu demi kepentingan rakyat.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

October 7, 2014 at 10:41 AM

IKLAN TU PALSU DAA!!! RUJUK SINI---http://khairulryezal.blogspot.com/2014/10/billboard-octoberfest-di-shah-alam.html

Anonymous
October 7, 2014 at 12:24 PM

Dah lama kilang2 arak spt Carls...dan Gui..kepala anjing bertapak di Shah Alam,Selangor.BN masa tu tak buat apapun nak tutup kilang2 tersebut.Cuma bezanya sekarang kerajaan PR di Selangor selangkah lebih "baik" iaiitu membenarkan perayaan arak October...t secara "dibenarkan" oleh PR.Tambah pula iklan2 dipasang tanpa sedikitpun rasa salah.Padanlah tu.PAS cuma menyalak bukit.

Anonymous
October 7, 2014 at 12:48 PM

ITULAH YG PUAK NI PANDAI. SALAHKAN ORANG, DIRI SENDIRI MAKSUM. DAH ADA KUASA UBAHLAH (ARAH SUPAYA KILANG2 ARAK / PUSAT JUDI/RUMAH URUT YANG DIKATAKAN WUJUD MASA BN MEMERINTAH TUTUP) TAKUTKAN ALLAH KE ATAU TAKUTKAN "HILANG UNDI" PUAK KAFIR?

Anonymous
October 7, 2014 at 2:29 PM

iklan tu bukan photoshop la .. memang wujud. ni iklan dekat saujana hotel.
event tu di RP.. sebelah Saujana Hotel...

iklan charcoal tu memang iklan dia. tapi bila ada event octoberfest depa tukar sekejap sebelum tukar balik..

sapa2 yang lalu situ hari2 pun nampak..
aku cakap ni pasal aku keje kat situ...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger