JIKA OPTIMIS MENANG KENAPA PERLU HERET RAKYAT KE MAHKAMAH?


Anwar Ibrahim penuh yakin keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pada 28 dan 29 Oktober ini akan memihak kepadanya seperti mana yang diperkatakan peguambelanya, Ramkarpal Singh.

“Saya mengikut proses undang-undang dan fakta, tidak ada sebab kenapa saya harus bimbang dengan keputusan mahkamah. Kalau pertimbangan luar dari undang-undang, itu saya tidak tahu.

“Jadi sekarang, saya ambil sikap optimis berdasarkan fakta dan undang-undang. Tidak ada seorang pakar undang-undang dalam negara atau luar boleh pertikai keputusan untuk membebaskan saya,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran PKR Batu Uban, di sini, hari ini.

Jika benar Anwar optimis dirinya akan menang dalam perbicaraan itu, kenapa perlu mengheret rakyat untuk menyokongnya di Mahkamah Putrajaya pada 28 Oktober ini dan memburukkan sistem undang-undang Malaysia di Australia?

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman turun naik mahkamah dan pernah bergelar banduan, semestinya Anwar Ibrahim tidak harus menggunakan orang lain sebagai perisai meraih simpati sebaliknya cukuplah berbekalkan peguambela.

Sekiranya keputusan pada 28 Oktober itu tidak memihak kepada Anwar Ibrahim, disarankan Anwar Ibrahim redha dan terima qada dan qadar Allah swt atas perbuatannya.

Jangan salahkan mahkamah mahupun kerajaan kerana keputusan itu berpandukan undang-undang negara dan peguambela Anwar pasti arif dengannya.

Jangan juga disebabkan Anwar didapati bersalah maka undang-undang itu dikatakan sebagai zalim dan jangan pula didapati tidak bersalah maka undang-undang itu dikatakan sebagai adil.

Sebaliknya undang-undang yang digunapakai itu adalah berasaskan persetujuan bersama dan telah ditentukan oleh badan kehakiman yang dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya.

Anwar mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan ​berikutan sabitan tuduhan liwat ​ oleh​ Mahkamah Rayuan ​ dengan hukuman penjara lima tahun​.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 24, 2014 at 10:29 AM

Hello Mr Ram Karpal, U letak tangan didada dan bersumpah atas nama u punya mak bahawa anwar tidak bersalah... Ada Brani ka..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger