ISTILAH PENDAKWARAYA BUATKAN ANWAR IBRAHIM MENGELABAH PADA PROSIDING HARI INI

Persoalan tentang perbandingan istilah ‘tanpa rela’ dengan gangguan seksual di tempat kerja turut ditanyakan kepada peguam dakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari keempat prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dua istilah tersebut digunakan semasa beliau menyampaikan penghujahannya hari ini di Mahkamah Persekutuan berkenaan situasi yang dihadapi oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Istilah ‘tanpa rela’ membawa maksud yang lebih mendalam berbanding konsep ‘consent’ atau ‘persetujuan’ melakukan sesuatu perkara,” ujar Muhammad Shafee.

Tambah beliau, seseorang boleh bersetuju melakukan sesuatu perkara tetapi tanpa rela, misalnya dalam kes gangguan seksual.

Muhammad Shafee memberi contoh, jika seseorang yang diganggu secara seksual oleh majikannya, dia sudah menjadi mangsa perlakuan tersebut.

“Tapi jika ditanya padanya, ‘adakah perlakuan tersebut dibuat sepenuh jiwa dan raga’, jawapannya tentulah tidak. Dia mangsa gangguan seksual.

“Masyarakat mudah menerima dan memahami kes gangguan seksual di pejabat, maka kenapa kita tidak memahami kes yang sama (dihadapi Mohd Saiful) selama empat bulan?” tanya Shafee.

Mohd Saiful bekerja sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama empat bulan sebelum akhirnya membuat keputusan untuk berhenti.

Dalam kes yang sedang dibicarakan itu, gangguan seksual yang ditanggung Mohd Saiful adalah perlakuan liwat, kata Muhammad Shafee.

“Kenapa kita perlu memandang ringan pada kes Saiful? Kalau kes gangguan seksual lain yang berlaku di pejabat khususnya melibatkan wanita, semua orang akan menjerit dan banyak NGO akan campur tangan,” kata beliau.

Tambah Muhammad Shafee, perkara yang dihadapi Mohd. Saiful adalah salah satu bentuk gangguan atau serangan seksual.

“Sama seperti kes liwat yang berlaku di penjara antara banduan lelaki tanpa kerelaan mangsa, itu juga kes serangan seksual.

“Bukan hanya wanita, lelaki juga perlu dilindungi daripada perlakuan ini,” tegas beliau – Astro Awani

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

November 3, 2014 at 9:23 AM

KEADILAN TETAP KEPADA SAIFUL!!!
Saiful mesti dibela dan dipertahankan dari gangguan seksual anwar. Saiful terlalu muda pada masa itu untuk membela keperibadiannya kerana anwar adalah boss Saiful.

Anwar lah yang bersalah dan harus dipenjarakan.

Anonymous
November 5, 2014 at 10:49 PM

setuju, saiful patut dibela. sggup sumpah laknat di misjid haram, banding dgn seekor lg asyik ckp kroni , guna us, australia etc. jika dah laknat terima lah . kifarah allah. yg hak akan timbul, batil akan hancur.meluat tengok muka nya di msia, menyusahkan rakyat.

amar mahrub nahi mungkar
November 5, 2014 at 10:52 PM

hancurkan lah si peliwat bagaimana hancur nya umat nabi lut. msia bukan tempatnya. allah maha besar , kesian ini lah si saiful

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger