FAEKAH HUSSIN DEDAHKAN ELAUN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT RM1 SEBAGAI PALSU SEBALIKNYA BERNILAI RM15 JUTA


Di sebalik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 itu cumalah 'lakonan Pakatan Rakyat' untuk memuaskan hati Ketua Umum PKR itu yang gagal mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, sepanjang Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya menjalani kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri yang tidak jadi.

Berstatus  Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. 

Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.

Dengan menggunakan 'remote control' ke atas Azmin Ali Seperti yang sudah dijangka, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar Ibrahim mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor.

Dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup!

Faekah terpaksa mendedahkan secara berperingkat bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan pengaruhnya ke atas Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat disebabkan Azmin Ali budak suruhan Anwar itu secara berterusan menyerang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kita tunggu pendedahan demi pendedahan ke atas Anwar Ibrahim oleh Faekah Hussin dalam masa terdekat ini.


SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih dikekalkan kedudukannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekaligus menolak isu beliau dipecat oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, meneliti kepada minit mesyuarat exco yang dipengerusikan Abdul Khalid pada 22 September lalu, tidak disebutkan Anwar telah dipecat daripada jawatan tersebut.

“Apa yang diputuskan oleh Tan Sri Khalid adalah menutup pejabat penasihat ekonomi, maka  tidak timbul isu pemecatan penasihat ekonomi.

“Sekarang kita akan bincang semula tentang fungsi dan peranan penasihat ekonomi untuk membantu pembangunan ekonomi Selangor dan sudah tentu kita akan berikan kemudahan-kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan,” kata Azmin.

Azmin berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri pertamanya di Bangunan SUK di sini hari ini.

Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat daripada kedudukan jawatan dan khidmatnya akan diteruskan seperti biasa.

Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 7, 2014 at 10:42 PM

MB tolonglah lantik saya jd penasihat ekonomi..sy minta gaji 50sen je sebulan..elaun sy minta 10 juta je...murah 5juta dr KETUM. Sy janji selangor akan maju smpai kiamat..

October 8, 2014 at 8:18 AM

selangor bakal melingkup dikerjakan olen mb jamban..

mat13
October 8, 2014 at 10:13 AM

Apa nak kecoh-kecoh...rakyat Selangor ok je.......hahahahahahah...Anuar punya pasal duitke?tanah ke? ambillah jangan ambil bini aku dah....heheheheheh

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger