FACEBOOK ANWAR IBRAHIM DISERANG


Tidak pernah terjadi sebelum ini mana-mana ‘status update’ di Facebook Anwar Ibrahim diserang mahupun diberikan tohmahan sedemikian rupa sebaliknya banyak kepada membela dan menyokong Anwar Ibrahim selain memberikan simpati.

Tetapi, ia berubah semalam apabila laman Facebook milik Anwar Ibrahim apabila status terbaru beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Sebaliknya, banyak komen yang meminta Anwar Ibrahim segera bertaubat dan insaf atas perbuatan yang telah dilakukannya sebelum ini.

Malah, ramai juga yang memberi pandangan kepada Anwar Ibrahim supaya berhenti berpolitik kerana umur kian uzur dan lebih baik jaga cucu yang telah kehilangan ayah apabila anaknya, Nurul Izzah hampir menamatkan rumahtangganya.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.

Ramai pembaca juga menyarankan agar Anwar dan penyokongnya agar tidak mengheret rakyat di dalam kesnya kerana ia bukan melibatkan rakyat sebaliknya ia adalah perbuatan sendiri.

Janganlah kerana hendak bebaskan diri daripada tuduhan maka mengheret rakyat sedangkan yang berasa puas adalah Anwar sendiri.

Jika hendak melawan, lawanlah di mahkamah kerana sistem kehakiman kita diiktiraf di dunia dan diguna pakai berdasarkan standard antarabangsa.


Kepada Anwar Ibrahim, bertaubatlah... kubur kata mari, rumah kata pergi...
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 16, 2014 at 6:27 PM

Melayu lambat sedar, cepat lupa, mudah keliru, senang diperdaya, senang tertipu. Apabila terjaga dari lena mimpi, insaf akan dipermain2kan maka mereka bertindak. Dan bila ini berlaku tak ada apa yg dapat menghentikan atau menahan mereka. Kita lihat ini sedang berlaku secara menakjubkan. Ertinya mereka hendak Anwar dipenjarakan serta henti menyusahkan masyarakat, peniaga dll. Mereka nak tumpu kpd keperluan hidup. Hidup kian sukar bukan macam ahli2 politik tertentu, maki sana, maki sini, fitnah sana sini dapat elaun berjuta2 ringgit buat kerja sia2. SEDARLAH MELAYU, JGN JADI KAYU. MULALAH BERFIKIR SECARA MATANG, JGN HINA DIRI BUAT KERJA BODOH.

Anonymous
October 16, 2014 at 7:39 PM

Setuju sangat bro....

Anonymous
October 16, 2014 at 10:52 PM

manusia yg bernama anwar ni merosakkan negara kalau dia lepas bebas.. biar dia dikurung lama-lama!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger