EMEL PERANCANGAN 'LANGKAH KAJANG' RAFIZI RAMLI DIDEDAHKAN


Tindakan PKR melantik Rafizi juga sebagai Setiausaha Agung PKR bagi menggantikan Saifuddin Nasution juga satu perkara yang mengejutkan dan bertujuan untuk mengukuhkan cengkaman Rafizi terhadap Menteri Besar Selangor yang baharu. Saifuddin pula dilihat telah diturun-tarafkan sekadar Pengarah Bersama Pilihanraya yang dijawat bersama Nurul Izzah.

Walaupun pada asasnya ‘Langkah Kajang’ ini seperti yang diketahui umum adalah satu tindakan terdesak Anwar Ibrahim untuk mengukuhkan pegangan beliau di dalam PKR sebelum beliau dipenjarakan. Namun, setelah ‘Langkah Kajang’ ini selesai, persoalan yang ramai bertanyakan adalah mengapa perlu diadakan Pilihanraya Kecil Kajang sekiranya Rafizi selaku arkitek ‘Langkah Kajang’ ini mengetahui Azmin bakal menjadi Menteri Besar?

Malah, mengapa pula Anwar Ibrahim perlu mengukuhkan kedudukan beliau di dalam PKR?

Email di bawah serba banyak menjelaskan bahawa Rafizi pada awalnya telah menjangkakan bahawa YM Sultan Selangor akan melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar. Rafizi telah mencadangkan bahawa PKR perlu meletakkan tekanan ke atas Sultan dan mengingatkan baginda bahawa seharusnya perlu ada hanya satu nama sahaja untuk calon Menteri Besar tersebut. Sultan pula perlu akur dengan keputusan tersebut memandangkan bahawa ia adalah keputusan majoriti.

Parti pula sama sekali jangan akur kepada permintaan Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama.


Di dalam perancangan Rafizi, sekiranya dilihat Sultan melantik Azmin sebagai MB, parti akan berbincang bagi menyokong lantikan tersebut hanya selepas lantikan dan bukan sebelumnya. Itupun setelah Azmin diikat dengan pelbagai syarat-syarat yang tertentu.

Parti juga perlu mengeluarkan kenyataan bahawa lantikan Azmin ini tidak mengikut perlembagaan. Azmin dengan serta-merta perlu menandatangani surat letak jawatan yang tidak bertarikh yang pada mana akan diwartakan sekiranya beliau tidak mengikut kehendak parti.

Rafizi tekankan bahawa Sultan dan rakyat perlu mengetahui bahawa Anwar Ibrahim masih dilhat mempunyai kuasa dan masih menguasai Selangor

Pada asasnya, Rafizi dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR mempunyai satu matlamat sahaja, untuk mengawal Azmin dan pastikan beliau mengikut kehendak Anwar Ibrahim.

Dengan pendedahan ini jelas bahawa pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu ini bersebab dan berkepentingan, dan bukannya kerana perubahan semasa.

Sumber: KLXPress

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger