BLOGGER SEKS ALVIN TAN MEROYAN HENTAM KETUA POLIS NEGARA


Hanya berani dari jauh di Los Angelas dan menggunakan Facebook, bloggers seks, Alvin Tan mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan kata-kata kesat seperti 'bodoh'.

Alvin yang kini berada di Los Angelas sekali lagi telah menggunakan Facebooknya dengan memuat naik status, ‘IGP cakap besar je… Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bodoh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putih saya tunggu…,”.

Sebelum ini, Khalid sewaktu ditanya wartawan menyatakan bahawa pihak polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing.

Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

“Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing,” katanya mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

“Jangan biadap dan tolong hormat kontrak sosial yang telah dimeterai dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di negara ini!.

Inilah satu lagi didikan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mempengaruhi rakyat supaya membenci pemimpin negara hanya semata-mata mahu kepentingan ekonomi.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 14, 2014 at 10:28 AM

pelandok akan lupakan jerat tapi jerat tak pernah lupakan pelandok. tunggu ajelah nanti. jangan ada pulak terhegeh-hegeh berlakon cacat kena belasah polis masa diheret ke mahkamah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger