ANWAR IBRAHIM PERKENAL CGT GANTI GST: LEBIH SENANG BERCAKAP DARIPADA MELAKSANA


Pakatan Rakyat telah memperkenalkan Belanjawan 2015 meskipun bukan kerajaan yang memerintah. Ini bertujuan menyaingi kerajaan pimpinan BN.

Juga, memperkenalkan memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dipercayai mampu mengukuhkan pendapat negara berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Semua ini gara-gara Pakatan Rakyat bukan kerajaan yang memerintah dan sebab itu Belanjawan Alternatif Pembangkang 2015 hanya di atas kertas.

Berbeza dengan kerajaan BN yang memerintah dan pastinya mereka akan melaksanakan sebaik mungkin bagi menjanjikan pulangan untuk keperluan rakyat.

Pengenalan Belanjawan Alternatif Pembangkang 2015 ini sejajar dengan pembentangan Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri petang esok di Dewan Rakyat.

Pembangkang percaya CGT akan mampu mengutip cukai permulaan sebanyak RM3 bilion pada tahun 2015.
 
"Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal juga akan meningkat tinggi," katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2015 di bangunan Parlimen di sini,
 
Selain itu, menerusi Buku Belanjawan yang diedarkan kepada media, CGT juga untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan urusniaga melibatkan saham dan bon, termasuk opsyen saham seperti Skim Opsyen Saham Pekerja (Esos).
 
"Pakatan Rakyat juga mencadangkan supaya pelaksanaan CGT mengambil kira kaedah terbaik dari seluruh dunia, termasuk kaedah menstabilkan kutipan cukai CGT supaya tidak terlalu turun naik seperti yang diamalkan di California, Amerika Syarikat," katanya.

Pada hakikatnya pengenalan CGT juga memungut hasil cukai seperti yang diamalkan kerajaan pada hari ini dan hasilnya dibelanjakan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 10, 2014 at 6:59 AM

Anwar ni tetap sebut nama Amerika Syarikat.....apa tak, idolanya......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger