AKTIVIS SSKM LANCAR PERANG MULUT KE ATAS KETUA MENTERI SARAWAK


Biarpun bukan penduduk asal Sarawak, tetapi perlakuan aktivis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Beng Kor yang bermulut celupar dengan mahu melancarkan perang mulut ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem jelas membuatkan rakyat Sarawak marah.

Ini semua gara-gara ketegasan Adenan Satem yang mahukan Sarawak kekal berada di dalam Persekutuan Malaysia sekaligus menggagalkan usaha SSKM untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia.

Beng Kor yang merupakan pengamal politik PKR dan pernah menyertai perhimpunan BERSIH mahu Sarawak keluar Malaysia sebagai jalan terbaik membebaskan keegoan BN Sarawak yang sehingga kini berjaya mempertahankan pemerintannya sejak Sarawak menyertai Malaysia.

Bagi kebanyakan pemimpin pembangkang mereka kurang mengenali dan mengetahui corak pemerintahan Adenan Satem selepas mengambil alih daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac lepas.

Tetapi, tidak bagi masyarakat Sarawak yang telah lama mengenali pemerintahan Adenan Satem sejak beliau menceburkan diri dalam politik Sarawak.
Kini, pemerintahan Adenan Satem jelas mudah diterima rakyat Sarawak biarpun usianya masih belum mencecah setahun dan masih lagi terngiang-ngiang pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Namun, saban hari ianya telah dapat diterima rakyat Sarawak bahawa Ketua Menteri Sarawak sekarang ini ialah Adenan Satem.

Pemilihan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak juga banyak menggagalkan perancangan pembangkang sebelumnya kerana mengetahui kreadibiliti Adenan Satem sebagai pemimpin.

Suaranya di DUN Sarawak dan ketegasannya dalam membuat keputusan benar-benar membuatkan pembangkang di Sarawak 'mati' akal.

Akibatnya pembangkang tiada cara lain kecuali 'berbaik-baik' dengan Adenan Satem dengan mengadakan kunjungan hormat.

Sebagai reaksi untuk menarik perhatian, Beng Kor bukan sahaja menghina dan mencaci Adenan Satem sebagai "bongok" dan "tidak pakai otak".

Bagi rakyat Sarawak yang agak baru dengan politik provokasi, kenyataan Beng Kor dianggap "keterlaluan" dan seolah mahu melancarkan "perang" terhadap pemimpin yang dipilih rakyat.

Namun, nescaya selepas ini akan ada banyak lahi provokasi sebegini atau akan lebih teruk lagi memandangkan PRN Sarawak Ke-11 pada tahun 2016.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 26, 2014 at 9:18 PM

GERAM betul aku – tengoklah si Islam/Melayu yg. curi $2 dari Tabung Masjid, kena hukum PENJARA 2 tahun; sedgkan mungkin sebab dia KELAPARAN sebab tak dak duit lansung!?! Ini dah satu KEZALIMAN! Siapalah HAKIM tu? Bicarakan balik kes ini! Kalau si Islam/Melayu cepat kena tangkap dan bukan main berat hukuman walau jenayahnya kecil!

Tapi tengoklah si PENGGANAS PEMISAH S'wak yg. MENGANCAM nak bunuh YAB KM S'wak ni - aku syak puak ini adalah diketuai puak PENDATANG PENGGANAS Kristian pro-ZIONIS, yg. akan terus bebas; tapi yg. asyik dtangkap cuma PENGGANAS 'Islam' memanjang (puak PENGGANAS Kristian pro-Zionis ni mahu Sarawak dan Sabah yg. kaya minyak-gas digabungkan dgn. Singapura utk. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO - – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger