ZURAIDA KAMARUDDIN MENGAMUK TUNTUT PENJELASAN BERSEMUKA ABDUL HADI AWANG


Kenapa sekarang? Kenapa tidak sebelum ini? Itulah kemarahan yang dilontarkan Ketua Wanta PKR, Zuraida Kamaruddin selepas mengetahui jawapan kenapa PAS tidak mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai calon tunggal PAS sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Zuraida, Presiden PAS itu sepatutnya menjelaskan lebih awal mengenai isu kelayakan Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, jika beliau memberitahu lebih awal kemelut pelantikan menteri besar itu tidak sebegini parah.

Kemarahan Zuraida memuncak dalam mempertahankan bosnya itu daripada terus diperlekehkan sebagai pemimpin yang tiada kelayakan memimpin.

“Sebelum ini, kita ada perbincangan bukannya pemilihan Azizah (Wan Azizah) hanya dibuat sebelah pihak sahaja.

“Kenapa tidak suarakan dalam mesyuarat yang kita adakan. Kenapa sekarang baharu beritahu alasan tersebut. Kalau beritahu lebih awal mungkin kita boleh pertimbangkan,” katanya lagi.

Menurutnya, sikap Abdul Hadi yang sebelum ini tidak mahu mendedahkan faktor tidak mahu terima Wan Azizah hanya memberikan kesan buruk kepada PR.

“Saya mahu ingatkan beliau supaya tidak berdolak-dalik lagi, keadaan sekarang seolah-olah semakin teruk.

“Keadaan sekarang sudah kelam kabut, jadi pelbagai tohmahan diberikan kepada PR itu sendiri,” kata beliau.

Dalam hal ini sepatutnya Zuraida perlu baca blog kerana perkara ini telah dinyatakan beberapa bloggers prokerajaan dan propembangkang yang menjelaskan Wan Azizah tidak pandai memimpin dan tidak layak diangkat sebagai menteri besar.

Lihat sahaja kelakuannya dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sebaik selepas diangkat menjadi ADUN Kajang. Bagaimana Wan Azizah berbahas dalam menjunjung titah Sultan sewaktu perasmian sidang DUN Selangor? Penggunaan bahasa lintang pukang dan soalan yang diberikan tersekat-sekat.

Tidak cukup dengan itu, bagaimana beliau yang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh yang jelas mengkhianati pengundi Parlimen Permatang Pauh apabila meletak jawatan bagi memberi peluang kepada suaminya untuk bertanding sebaik keluar daripada penjara sebagai banduan.

Share this article :
 

+ comments + 6 comments

September 7, 2014 at 9:55 PM

jgn marah-marah ya puan zuraida, nanti cepat tua..

September 7, 2014 at 10:35 PM

mmg dh tua pon!

Anonymous
September 8, 2014 at 12:37 AM

Tiba2 makcik ni bersuara pulak..helo makcik..duduk aje di ampang tu diam2..kerja kau hanya pacakan aje papan iklan byk2 di ampang

Anonymous
September 8, 2014 at 1:13 AM

cam mana la orang ampang boleh pilih adun yang perangai lagi buruk dari muka ni jadi wakil ntah ... ??
tak ada lagi ke wakil PKR kat ampang tu .... dah pupus ???

Aku la
September 9, 2014 at 12:52 AM

Ko tu sapa nk bersemuka ngan tghh tu.....beli cermin besar2 tengok muka tu baik2,sebiji muka Indon....nk jumpa Indon boleh la.......huahuahuahua

Anonymous
September 11, 2014 at 10:50 PM

dah berkerepot dah....nak marah apa lagi....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger