WAN AZIZAH TIADA DALAM SENARAI NAMA CALON MB SELANGOR YANG DITEMUDUGA SULTAN SELANGOR

Presiden PKR, Wan Azizah terpaksa melupakan hasrat menjadi Menteri Besar Selangor kerana Sultan Selangor telah selesai menemuduga calon-calon Menteri Besar Selangor daripada PAS dan PKR.

Calon yang berpotensi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada Selasa sudah menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah awal minggu ini, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.

Akhbar itu memetik sumber mengatakan tiga calon berkenaan adalah dua ADUN PAS Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, selain ADUN PKR Mohamed Azmin Ali.

Sumber berkata kepada akhbar berkenaan, tiga ADUN berkenaan menghadap Sultan Selangor secara berasingan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam bagi membolehkan baginda membuat penilaian ADUN yang layak menjawat jawatan nombor satu kerajaan negeri itu.

Akhbar itu difahamkan tiga ADUN berkenaan dipanggil menghadap sebagai langkah akhir sebelum keputusan dibuat siapa yang paling layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Difahamkan turut sama dalam "temuduga" itu adalah setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua ahli Majlis Diraja Selangor, menurut laporan itu.

"Setiap ADUN yang dipanggil menghadap lebih dari satu jam dan 'panel penemuduga' sangat sopan dan mesra," kata sumber itu kepada The Star.

ADUN juga dinasihatkan bersedia dan akan dimaklumkan kemudian, menurut akhbar itu.

"Azmin bertemu Anwar Ibrahim pada Khamis bagi memberitahu Ketua Umum PKR itu beliau sudah menghadap Sultan dan tidak mahu Anwar tersalah anggap," kata sumber itu kepada The Star.

Akhbar itu difahamkan Anwar mengambil positif perkhabaran itu dan bersetuju ini masanya untuk "bergerak ke hadapan" berbeza seperti laporan yang mengatakan PKR dan DAP akan mendesak pilihan raya negeri jika Wan Azizah Wan Ismail tidak terpilih.

Bernama melaporkan menteri besar yang baru mungkin akan diumumkan pada Isnin dan tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pengumuman itu akan dibuat sama ada melalui kenyataan media atau sidang media.

Katanya, setakat ini pihak istana masih belum mengedar surat pelantikan menteri besar baru yang akan mengangkat sumpah pada Selasa.

Secara jelas, Wan Azizah selepas ini tidak akan tidur nyenyak selepas gagal menjadi Menteri Besar Selangor suatu yang tidaj boleh diterima ahli dan pemimpin PKR.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger