WAN AZIZAH MENANGIS SEBAB PENCALONANNYA SEBAGAI MB SELANGOR DITOLAK SULTAN SELANGOR


Tiada kata dan sepatah perkataan yang dapat digambarkan pada petang semalam sejurus menerima berita Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hanya linangan air mata yang mampu diserlahkan Presiden PKR, Wan Azizah bagi menutup segala sokongan yang diterima sebelum ini oleh ADUN PKR dan DAP termasuk dua orang ADUN Barua dari PAS.

Bagi mengelak sebarang kontroversi lagi, Presiden PKR itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah menerima hati terbuka dengan terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu.

Kenyataan ini sangat berbeza berbanding sebelumnya yang mana PKR tekad untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor dengan tidak menerima pencalonan Azmin Ali.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Mohamed Azmin Ali, sebagai MB Selangor yang baharu.

"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat pada petang semalam juga sebulat suara bersetuju agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, diangkat sebagai MB Selangor.

Dr Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini.

Biarpun redha, Wan Azizah tetap dengan pendiriannya bahawa cara pelantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


"Walaupun proses pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor," kata Dr Wan Azizah.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 23, 2014 at 8:43 AM

dah tak boleh dapat baru nak terima .... sebelum ni tak nak terima ....

Anonymous
September 23, 2014 at 1:06 PM

Kalau perlantikan Azmin sebagai MB Selangor tidak mrngikur Undang--Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor mengikut kata Wan Azizah, maka sangat lah malu nya Azmin yang dduduk di kerusi MB selangor itu.
Tetapi peduli apa, bukan senang nak dapat peluang yang datang hanya sekali seumur hidup ini.
Anwar terus gigit jari dengan rangkaian kegagalan politik dan cita2 dia

By:Cikgu"S"

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger