TAHNIAH PKR SARAWAK SEBAB MENDAHULUI PENDAFTARAN PENGUNDI BARU DI SARAWAK


Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini akan dijadualkan pada awal tahun 2016 sehingga tarikh tamat DUN Sarawak pada penghujung Jun 2016. Kenyataan ini ada benarnya kerana ketika ini sehingga sepanjang tahun 2015, Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri Sarawak merangka strategi bagi menyelesaikan permasalahan komponen BN Sarawak khususnya SUPP dan SPDP.

Penyelesaian ini juga termasuklah dengan parti TERAS dan UPP di mana sebelum ini mereka telah mengisytiharkan sokongan kepada pemerintahan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan bin Haji Satem.

Jika sebelum ini, SPR menafikan sekeras-kerasnya mengenai persempadanan semula kawasan DUN Sarawak seperti mana yang diperjelaskan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Ini menurut Chong Chieng Jen bertujuan untuk menampung sembilan ADUN BN yang sebelum ini telah melompat parti dengan menyertai TERAS dan UPP.

Kebetulan sebanyak sembilan kawasan DUN Sarawak yang baharu akan diwujudkan SPR seperti yang diperjelaskan Chong Chieng Jen.

Namun, bukan persempadanan semula kawasan DUN Sarawak yang menjadi penentu kepada kemenangan sebaliknya sejauh mana parti politik memperoleh pengundi baru.

Dalam tempoh bermula sekarang, faktor pengundi baru dan pengundi muda menjadi punca kemenangan biarpun menyedari pengundi ‘lama’ masih bersama BN.


Apakah BN masih bergantung pada pengundi lama sehingga menidakkan usaha untuk mendaftar pengundi baru atau pengundi muda?

Jelas di sini, BN Sarawak secara keseluruhannya masih ketinggalan dalam soal mendaftarkan pengundi baru dan pengundi muda berbanding parti pembangkang seperti PKR dan DAP.

Sekiranya tidak percaya, cuba bandingkan jumlah pengundi mengikut suku tahun yang dikeluarkan SPR? Berapakah BN Sarawak peroleh dalam mendaftar pengundi baru dan pengundi muda jika dibandingkan dengan pembangkang?


PKR Sarawak dan DAP Sarawak tidak ‘malu’ untuk berkempen bersama pemimpin mereka bagi mendaftarkan pengundi baru dan pengundi muda di pasar raya dan kawasan strategik.

Malah, mereka tidak pernah sunyi daripada mengadakan pendaftaran pengundi baru sebaik sahaja mereka kalah atau menang dalam pilihan raya. 

Namun, apakah kita pernah melihat kepimpinan BN bersama dengan jentera parti untuk mengadakan pendaftaran pengundi baru dan pengundi muda di tempat-tempat terbuka?

Mungkin disebabkan BN Sarawak berasakan mereka menang selesa dan tidak perlu untuk bersusah payah mendaftarkan pengundi baru dan pengundi muda.

Jika masih berfikiran sedemikian maka dalam tempoh 10 tahun akan datang nescaya pemerintahan akan bertukar dan ia tidak mustahil dalam politik.

Seperti yang ditegaskan Ketua Menteri Sarawak, pengundi baru dan pengundi muda akan menjadi faktor penentu kepada kemenangan dan kekalahan BN Sarawak dalam PRN Sarawak akan datang.

Selain senario dan suasana politik Sarawak sudah berubah sejajar dengan arus perkembangan politik di Semenanjung, tidak dapat tidak ia harus ditangani dengan bijaksana dan bermula dari sekarang.


Hanya tinggal kurang daripada 24 bulan sahaja lagi tempoh matang DUN Sarawak akan tamat dan tiada banyak masa untuk berbulan madu jika mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang sedia ada.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 23, 2014 at 4:30 PM

Memang tidak dapat dinafikan Pakatan Rakyat memang rajin daftar pengundi baru..mybujangsenang-online

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger