SUSPEK BOCOR KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN UPSR TELAH DIKENAL PASTI


Ramai yang marah dan tidak kurang juga yang kecewa dengan Kementerian Pelajaran termasuk menterinya disebabkan kebocoran kertas peperiksaan UPSR.

Mereka mahu dalang disebalik kebocoran kertas soalan UPSR itu dihadapkan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat.

Orang seperti ini menyebabkan penjawat awam lain terkena tempiasnya biarpun ia dilakukan oleh mereka yang bergelar cikgu atau guru.

Atas sebab itu, Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh menegaskan pengkhianat yang bertindak membocorkan beberapa kertas soalan UPSR akan dikenakan hukuman penalti semaksimum mungkin,

Tindakan tegas perlu diambil kerana pihak terbabit telah mengkhianati rahsia negara dan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan 437,175 calon UPSR dan hampir sejuta ibu bapa di seluruh negara.

Tambahnya, individu yang terlibat dalam kejadian ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan ikhlas, malah tiada integriti.

"Kita perlu cari pengkhianat-pengkhianat yang telah merosakkan dan membocorkan soalan kertas peperiksaan ini dan perlu ditangkap dan dikenakan penalti semaksimum mungkin.

"Saya pasti kita akan mendapat kerjasama daripada polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Kertas soalan UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran.

Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Khamis mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas berkenaan.

Ditanya adakah dalang melibatkan pihak dalaman, Idris enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan polis dan SKMM.

"Kita tak boleh kata apa-apa sehingga siasatan tamat kerana sekarang masih dalam siasatan dan kita dengarlah apakah hasil siasatan yang dibuat oleh PDRM dan SKMM nanti.

"Kita tahu mereka telah mengesan pengkhianat-pengkhianat yang kita harap akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya. 

Dalam pada itu, dalang disebalik kebocoran kertas UPSR ini tidak akan terlepas daripada hukuman dan mahukan wajah yang melakukan perkara itu disebarkan kepada orang ramai.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger