SERAMAI 24,039 PENGUNDI BERDAFTAR TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DI PRK #PengkalanKubor


Calon BN, Mat Razi Mat Ail tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan kira-kira pukul 8.22 pagi bagi membuang undi.

Sehingga kini hanya Mat Razi, calon BN yang menunaikan tanggungjawab membuang undi berbanding dua lagi calon dari PAS dan Bebas.

Hari ini, bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, seramai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih seorang wakil rakyat ADUN.

Jumlah 24,039 pengundi itu merupakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.

Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi.


DUN Pengkalan Kubor mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus).
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger