SELEPAS INI RAMAI LAGI AKAN DIKENAKAN PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN


Disebabkan berasa tercabar, sebuah gabungan aktivis anak muda hari ini melancarkan kempen kesedaran mendidik orang awam tentang Akta Hasutan 1948 yang menjadi perbalahan, digunakan akhir-akhir ini bagi menyekat penentangan.

Pada siri pertamanya, Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan atau lebih dikenali dengan nama (HASUT), terdiri daripada 11 pertubuhan pelajar, akan menghebahkan kempen itu di jalanan sekitar Kuala Lumpur pada Hari Malaysia minggu depan.

Jurucakap Hasut Muhammad, Safwan Anang, yang didapati bersalah mengikut akta itu dan dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen minggu lepas, berkata insiatif pertama itu dinamakan 'Jalan-jalan hasut.'

Tindakan mereka ini dilihat cuba untuk mengapi-apikan rakyat kononnya Akta Hasutan itu berat sebelah dan menyekat kebebasan.

Jika mereka mahukan Akta Hasutan itu dimansuhkan atau dihapuskan, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mahu Akta Hasutan itu dikekalkan.

Manakan tidak, jika dihapus atau dimansuhkan nescaya negara akan kacau bilau malah lebih teruk daripada sekarang dengan sikap pemimpin pembangkang yang kurang ajar.

HASUT difahamkan akan cuba meraih dan menggunakan segala apa yang ada pada siri mereka untuk meracuni rakyat Malaysia.

"Kami akan guna bas, keretapi dan komuter pada hari itu (16 September) untuk mengedarkan risalah berkenaan Akta Hasutan. Ini cara kami mendidik orang awam," katanya.

Ditanya kenapa menggunakan perkataan 'hasut' sebagai namanya, Safwan berkata ia 'catchy' (menarik), tetapi tidak bertujuan mencabar kerajaan.

Safwan didapati bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat dalam sebuah forum di ibu kota tahun lepas.

Dia didakwa bersama Naib Presiden PKR Chua Tian Chiang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, aktivis mahasiswa pro-pembangkang Adam Adli Abd Halim, aktivis Hishamuddin Md Rais, ahli PAS Mohd Tamrin Abdul Ghafar dan peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim. 

Nampaknya golongan pelajar Melayu di Semenanjung Malaysia telah semakin parah diracuni pembangkang yang kian teruk perilakunya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger