RAKYAT PARLIMEN LANANG KECEWA DI BAWAH PENTADBIRAN PEMBANGKANG




Itulah hakikatnya yang terpaksa ditanggung penduduk dan rakyat di Parlimen dan Lanang dan dua DUN Bukit Assek dan DUN Dudong yang diwakili Ahli Parlimen DAP.

Persoalan kini apakah peranan Ahli Parlimen dan ADUN Pembangkang dalam membangunkan kawasan di bawah pentadbirannya? Apakah ini semua masih menunggu simpati kerajaan BN dalam menyalurkan pembangunan di kawasan itu?

Rintihan penduduk Lanang ada benarnya kerana selama ini Parlimen Lanang dan dua DUN di bawahnya di wakili DUN DAP tiada sebarang perubahan dan pembangunan yang dibawa mereka.

Masih banyak pembangunan yang diperlukan penduduk di kawasan Parlimen Lanang antaranya kemudahan air terawat dan jalan-jalan raya di mana sehingga kini masih belum dilaksanakan pemimpin pembangkang.

Sehingga kini mereka percaya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberikan pembangunan berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dengan air liur sahaja.

Tuai Rumah Kemarau Agat dari Ulu Durin berkata beliau tidak mahu kawasan berkenaan jatuh ke tangan pembangkang bagi kali kedua.

“Kami hidup susah kerana kami masih ketinggalan daripada aspek pembangunan.

“Maka sebab itu, kami hanya bergantung pada tangki air untuk keperluan harian.

Bagi mengatasi masalah ini, kami amat memerlukan seseorang wakil rakyat BN untuk membawa penduduk balik ke arus pembangunan.

Jika dibandingkan dengan bekas Ahli Parlimen Lanang sebelumnya dari BN, Datuk Tiong Thai King telah menjalankan tugasnya dengan baik dan sentiasa turun padang ketika beliau menjadi wakil rakyat.

Begitu pun, semua hanya tinggal kenangan apabila Tiong kalah kepada calon DAP, Alice Lau dalam PRU-13 lepas.

Sekiranya permasalah penduduk seperti bekalan air dan jalan raya tidak ditangani ia boleh mendatangkan rasa tidak senang hati di kalangan penduduk sekali gus menyukarkan kehidupan mereka.


Apalah gunanya sekiranya dilantik sebagai Ahli Parlimen atau ADUN tetapi tidak bekerja untuk rakyat sebaliknya hanya mementingkan kepentingan politik parti? 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 5, 2014 at 9:16 PM

sendiri pilih la kawan, sendiri tanggung. mau cuba, sekarang sudah rasa meh? lain kali cuba yang lain pulak, apa ada hal...

Anonymous
September 8, 2014 at 12:46 PM

Masa nak memilih wakil dulu tak terfikirkah apa kesan memilih pembangkang DAP? Pandai berceramah tetapi kosong.Bunyi lebih serupa idealist tetapi tak mampu diterjemahkan.Realitinya DAP cuma layak jadi pembesar suara dan hanya pandai menyalak.Buat kerja tak pandai.Jarang turun padang menjengok kawasan mereka.Kalau turun pun jika ada pemberita bersama.Kalau turun sorang2 haramjadah nak turun padang.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger