PRK PENGKALAN KUBOR: AKHIRNYA PKR TERPAKSA TUNDUK DESAKAN PAS


DUN Pengkalan Kubor yang menjadi pertikaian antara PKR dan PAS sebaik sahaja kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu akhirnya telah dicapai kata sepakat apabila PKR Kelantan bersetuju memberikan kerusi itu kepada PAS.

Noor Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Perkara itu telah diumumkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali. Bagaimanapun, perkara itu belum diputuskan oleh pimpinan tertinggi PKR dan Pakata Rakyat.

"PAS dan PKR Kelantan pada dasarnya telah membuat pertimbangan, walaupun kerusi DUN Pengkalan Kubor dulu ditandingi PKR tetapi mereka bersedia ia ditandingi oleh PAS.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi kontroversi dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat gesaan daripada PAS yang mahu kerusi milik PKR itu ditandingi parti itu dalam PRK akhir bulan ini.

Ini disebabkan PKR tiada tempat di Kelantan dan ditambah dengan konflik Menteri Besar Selangor yang secara terang membuli PAS dengan mendesak mencalonkan Wan Azizah.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger