PENYOKONG PKR LANCAR PERHIMPUNAN DESAK PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT DI DEPAN PEJABAT PAS


Kemarahan para penyokong PKR dan Anwar Ibrahim terhadap PAS semakin memuncak apabila satu perhimpunan bakal diadakan pagi esok di hadapan ibu pejabat PAS Pusat bagi mendesak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

'Himpunan Gesa PAS Keluar PR' anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) itu adalah sebagai satu asakan terhadap PAS yang kian lantang mengecam Anwar sejak berlakunya krisis pentadbiran negeri Selangor.

Malah, beberapa pemimpin PKR dilihat memberi sokongan terhadap penganjuran tersebut dengan menyebarkan maklumat berhubung himpunan itu menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
 
Krisis dalaman PAS dilihat kian kronik sehingga gagal mencapai sebarang pendamaian pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung baru-baru ini.

Malah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan penggulungan secara terbuka tidak mengiktiraf tindakan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus membidas tindakan PKR 'mencuri' dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari PAS yang disifatkannya tidak beretika.

Perpecahan PAS turut dilihat semakin ketara apabila kumpulan pro Ulama' bertikam lidah pimpinan yang dilabel sebagai pro Anwarinas.

Antara pemimpin PAS Pro Ulama' yang lantang mengecam PKR dan DAP termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tanwawi dan Nik Abduh Nik Aziz.

Manakala pemimpin Pro Anwarinas termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad didakwa merancang menumbangkan Abdul Hadi dari terus memimpin parti Islam tersebut.

Setakat ini, kumpulan Pro Anwarinas telah menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai salah satu langkah memastikan PAS terus kekal bersama PKR dan DAP.

Apa pula tindakan Presiden PAS dan pemimpin PAS Pusat yang secara jelas keterlibatan pemimpin PKR dalam Mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat?

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 30, 2014 at 10:01 AM

Kah2x... Pakatan tak berpecah punya.... Yang berpecah cuma geng2 pakatan otak amano...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger