#pengkalankubor TAHALUF SIYASI PAKATAN RAKYAT TELAH ME'MABUK'KAN AHLI-AHLI PAS


Disebabkan Tahaluf Siyasi yang digunapakai Pakatan Rakyat dalam PAS menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR telah membuatkan ahli-ahli PAS mabuk dan bertelagah antara satu sama lain dengan merujuk kepada perbezaan pendapat antara golongan ulama dan golongan Anwarinas.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, tetapi disebabkan perbezaan pendapat khususnya dalam mengukuhkan kepentingan politik peribadi menyebabkan tiada jalan lain kecuali menegakkan pendapat masing-masing.

"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, kucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya dalam ucapan dasarnya.

Hadi berkata, menjalinkan kerjasama politik juga bukan bermakna PAS perlu menyerap ke dalam sistem parti lain dan meminggirkan matlamat perjuangan PAS.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam," katanya.

Katanya, rakan tahaluf mereka tidak seharusnya mengkhianati PAS kerana parti itu sentiasa menjaga hubungan kerjasama mereka tanpa gagal.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini," katanya.

Beliau turut menggesa kepimpinan PR membuat sebarang kepututsan membabitkan tahaluf siyasi melalui perbincangan sebelum ia dilaksanakan.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya.

Pemimpin veteran PAS itu sebelum ini dikritik kerana mengambil keputusan berbeza dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar Selangor apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memutuskan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.

Akibat tindakannya itu, beberapa pemimpin PAS juga turut mengkritik Hadi secara terbuka sekali gus membuka jalan perpecahan kepada parti itu.

Hadi sebelum ini mendedahkan, keputusan PKR menggantikan Khalid dan Langkah Kajang tidak dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PR sebaliknya PAS hanya dimaklumkan mengenainya melalui surat. 

PAS bukan parti politik yang senang dipijak biarpun di dalamnya ada kumpulan Anwarinas yang sanggup melihat PAS hancur demi memuliakan isteri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 18, 2014 at 8:41 PM

Tahaluf Siyasi menyebabkan PAS hilang jati diri.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger