#pengkalankubor PEMIMPIN PAS BERTELAGAH SOAL TERIMA JAWATAN MB SELANGOR


Mukatamar PAS Ke-60 telah dijadikan medan untuk pemimpin PAS bertelagah dalam soal terima jawatan MB Selangor.

Tiada satu pun ucapan atau kenyataan berhubung kedudukan calon PAS di PRK Pengkalan Kubor yang ketika ini dalam masa berkempen.

Ramai mata tertumpu kepada dua pemimpin PAS, Setiausaha PAS, Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PAS (Kumpulan Anwarinas) yang bercanggah pendapat berhubung penerimaan jawatan MB Selangor.

Bercakap kepada wartawan, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menegaskan Pakatan Pembangkang perlu mematuhi apa jua keputusan Sultan Selangor berhubung pemilihan MB Selangor.

"Keputusan sebelum ini telah memutuskan bahawa kerusi itu dikhususkan untuk calon PKR sebagai menteri besar.

"Namun, apa sahaja keputusan istana, bukan sahaja PAS malah semua pihak perlu terima," katanya kepada pemberita selepas tamat perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di sini, Khamis.

Pada 17 Ogos lepas, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju untuk mencalonkan dua pemimpin PKR sebagai menteri besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, selepas tarikh akhir penyerahan nama calon kepada Istana Selangor pada awal September lepas, PKR dan DAP tetap menghantar hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Pendapat Mustafa bagaimanapun disanggah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengatakan parti itu tetap menolak jawatan itu sekiranya calon parti itu dipilih.

"Kalau calon PAS dipilih, kami akan tolak," katanya sambil enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad pula berkata, "jika istana membuat keputusan untuk memilih calon PAS, kami terima."

Secara jelas, kepimpinan PAS kini mula menolak golongan Anwarinas yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu    yang sebenarnya melobi untuk terus mencalonkan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger