#PengkalanKubor PAS SIFATKAN DUA ADUN PAS SOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI BARUA


Tidak pernah kita mendengar pemimpin PAS memberikan gelaran  pelik mahupun teruk kepada pemimpin mereka melainkan kepada pemimpin BN dan UMNO.

Tetapi, kali ini tiada yang pelik selepas melihat krisis Menteri Besar Selangor di mana dua ADUN PAS bertindak khianat dengan membelakangkan arahan Presiden PAS.

Selain mengeruhkan hubungan PAS dengan PKR dan DAP, secara jelas tindakan pemimpin PAS itu memperlihatkan ADUN PAS mudah dibeli.

Dalam Muktamar PAS Ke-60 yang diadakan di Batu Pahat, Johor, ramai pemimpin dan ahli PAS mengutuk tindakan dua ADUN PAS yang secara terang membelakangkan parti.

Jadi, tidak hairanlah pelbagai macam panggilan yang kurang enak didengar termasuklah panggilan Barua.

PAS menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti.

"Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker...yang jadi barua.

"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu," katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.

Selain itu Abdul Hadi turut mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua ADUN mereka demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Wan Azizah sebagai menteri besar.

"Ini pula curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tak boleh pandang ringan. Jangan pandang ringan atau ambil mudah nak bagi (amanah menjadi menteri besar) begitu sahaja. Ada amanahnya," katanya.

Tegas Abdul Hadi lagi, PAS tidak akan berdiam diri dalam soal calon pengganti menteri besar Selangor jika pemilihannya tidak mengikut ajaran Islam.

"PAS tak boleh berdiam diri kalau melantik seseorang (sebagai menteri besar) kerana kecenderungan (pilihan tanpa asas) dan bukan kerana kelayakan.

"Apa lagi kalau bukan kerana amanahnya. Dilantik begitu sahaja. Saya tak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam (jika salah pilih)," katanya.

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Namun katanya, pemilihan calon untuk memikul tanggungjawab perlu dibuat dengan kaedah yang betul.

"PAS tak berebut jawatan menteri besar. PAS tak pelahap (tamak) nak jawatan menteri besar.

"Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi menteri besar...tak ada perjanjian bertulis. Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar).

"Tapi ingat...di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja," katanya.

Seeloknya PAS harus mengenakan hukuman ke atas kedua-dua pemimpin ADUN PAS itu kerana jika hanya memanggil Barua tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.

Harus diingat, Anwar Ibrahim dan PKR mempunyai banyak wang dan mereka yang boleh membantu bagi merealisasikan hasratnya menaikkan nama isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 22, 2014 at 11:18 AM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T MUSLIMIN ,MUSLIMAT & SALAM SEJAHTERA TUAN2 PUAN2..

TAHUKAH ANDA
DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK ANDA TANPA ANDA SEDAR/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA
UNTUK MENYERTAINYA?

KLIK DI SINI
http://www.needjiadi.blogspot.com/

• IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

• TIADA PAKSAAN UNTUK
MENYERTAINYA.100% TERSERAH
KPD ANDA KERANA
PERKHIDMATAN/PROGRAM INI
BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR
IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

• FOR A BETTER WORLD FOR OUR
FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

TERIMA KASIH KERANA SUDI
MEMBACA.
WASSALAM...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger